berita

“Bayi Ini Pernah Berjumpa Dengan Bapanya” – Norish Karman Jawab Isu Anak

November 21st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Nampaknya isu mengenai anak pelakon berbakat Norish Karman masih lagi menjadi tanda tanya dikalangan pihak media.

Terbaru sewaktu bertemu di majlis pelancaran filem ‘Kahwin 5’ Norish Karman atau lebih mesra dipanggil NK sekali lagi diajukan soalan mengenai status anaknya dan ramai ingin tahu siapkah bapa sebenar anak itu.

Anak saya ada bapa dan saya bukannya Mariam. Cuma di sini bapanya telah memilih untuk tidak bersama dengan saya.

“Sewaktu mengandungkan bayi ini, saya ada berjumpa dengan bapa dia dan kami telah bersetuju untuk tidak membincangkan soal bayi tersebut selepas saya melahirkannya. Bayi ini adalah hak saya.”

Bayi ini pernah berjumpa dengan bapanya tetapi setakat umurnya tiga bulan sahaja. Selepas daripada itu mereka tidak dibenarkan untuk berjumpa dan perkara ini telah dilarang oleh pihak keluarga,” ujar Norish mengenai status bayinya.

Dalam masa yang sama aktres ini turut akui yang dia merasa bangga dengan zuriat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada dirinya dan tidak mahu ambil serius dengan segala pandangan negatif orang sekeliling.

“Itu adalah hak individu untuk bercakap. Apa yang penting, bayi ini tidak keseorangan sebab seluruh ahli keluarga saya sayang dan sering manjakan dirinya.”

“Kalau nak tahu, saya dah hantar dia pergi sekolah. Meskipun umurnya baru sahaja setahun dua bulan, tetapi dia sudah pandai berinteraksi dengan orang sekelilingnya.”

Merujuk perkembangan terbaru, aktres ini bakal muncul dengan filem berjudul ‘Kahwin 5’. Filem tersebut akan mula ditayangkan diseluruh pawagam mulai 27 Disember ini. OHBULAN! juga difahamkan Norish sedang aktif menjalankan ceramah motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah dan universiti tempatan.

SKIP THIS AD ×