berita

Bayi ‘Kaku’ Akibat Tersedak Susu – Baru 4 Hari Hantar Pengasuh, Bayi Disahkan Meninggal Dunia

September 13th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Bagi ibubapa yang bekerjaya, pusat asuhan adalah tempat dimana mereka meletakkan sepenuh kepercayaan untuk menjaga anak sementara mereka di pejabat. Namun, malang tidak berbau, adakalanya pengasuh mengambil lewa tugas menjaga anak sehingga ada yang menjadi mangsa.

Terbaru, Harian Metro melaporkan kisah sedih mengenai seorang bayi yang ‘kaku’ akibat tersedak susu. Alasan yang diberikan pengasuh pula tidak masuk akal.

Luahan ibu

Tubuh bertukar kuning dan kaku

Menurut laporan Harian Metro, mangsa Nafisah Muhammad Izzudin berusia tiga bulan disahkan meninggal dunia oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat saluran pernafasan tersumbat dengan susu.

Ibu mangsa, Noor Shuhaila Yaacob, 28, memberitahu suaminya menghantar anak kedua mereka itu pada jam 7.30 pagi dan pada jam 12 dia dimaklumkan  anak tidak sedarkan diri.

Mereka segera menghantarnya ke klinik swasta berhampiran dan terus dikejarkan ke HKL selepas mangsa didapati tidak bernyawa.

Ketika kejadian, saya berada di Stadium Merdeka atas urusan kerja dan meminta suami dan bapa mentua, Yussman Yusof, 62, segera ke pusat jagaan itu bagi melihat keadaan Nafisah.

Saya dimaklumkan bapa mentua tubuh Nafisah bertukar kuning dan kaku. Mereka menghantarnya ke klinik swasta berhampiran untuk pemeriksaan.

Pemeriksaan lanjut di HKL mengesahkan dia meninggal dunia. Hasil bedah siasat awal mendapati Nafisah maut akibat saluran pernafasannya tersumbat dengan susu.

Kami membuat laporan di pondok polis HKL sebelum kes itu dirujuk ke Balai Polis Hulu Klang, di sini, untuk siasatan lanjut.

Beri alasan tak masuk akal

Ketika disoal, dua pekerja pusat jagaan itu masing-masing berusia lingkungan 40-an dan 50-an memberi alasan tidak masuk akal.

Alasan diberikan tidak masuk akal. Pekerja pusat jagaan itu mendakwa bayi kami tidak sedarkan diri mendadak ketika tidur

Saya dimaklumkan Nafisah dijaga seorang daripada pekerja wanita warga Indonesia.

Ketika kejadian, wanita itu mendakwa anak saya tidur dan mencuci botol susunya sebelum menyedari Nafisah tidak sedarkan diri.

Dia memaklumkan ada memberi susu kepada Nafisah pada jam 8 pagi sebelum memandikan dan menidurkannya.

Noor Shuhaila memberitahu pemilik pusat jagaan itu tidak menghubunginya untuk menjelaskan perkara yang berlaku. Pusat jagaan itu juga telah menutup operasi sejak semalam (kelmarin).

sumber : Harian Metro , Shuhaila Yaacob

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×