berita

Beli 2 Tin Susu, Korang Layak Menang RM50,000 & Banyak Lagi Hadiah Menarik Sempena Peraduan F&N ‘Hang Masuk Hang Menang’

November 13th, 2017 | by Epul
Kini Trending

Sebelum mula buat kerja tiap pagi, korang mesti ‘pekena’ teh tarik bagi naik semangat dan konon supaya lebih cergas. Kalau tak hirup secawan, tak lengkap rutin harian tiap pagi. Padahal, pukul 10 pagi dah ngantuk. Kahkah!

Apa yang buat teh tarik korang lagi ‘power’ atau ‘ori’ bila guna susu pekat manis F&N. Betul tak? Sejak diperkenalkan pada tahun 1989, susu pekat manis F&N menjadi kegemaran semua lapisan masyarakat dan korang boleh nampak ratusan tin susu F&N tersusun rapi kat setiap restoran terutamanya ‘mamak’ berhampiran. Kan?

Disebabkan sokongan padu dan kesetiaan korang terhadap F&N selama ni, diorang nak bagi ‘reward‘ buat pelanggan setianya melalui peraduan ‘Hang Masuk Hang Menang‘. Siapa sangka, korang berpeluang merebut hadiah utama bernilai RM50,000*? Nak tau macam mana caranya?

Beli, isi borang dan korang layak untuk menang. Senang kan?

Senang je nak masuk peraduan F&N ‘Hang Masuk Hang Menang‘ ni, kami ajar 3 langkah mudah. Ikut tau!

1. Beli 2 produk F&N sama ada susu pekat/susu cair
2. Isi borang peraduan (kat mana nak dapatkan borang peraduan? Baca sampai habis… hehehe)
3. Hantarkan borang peraduan bersama bukti pembelian (label produk yang mengambil bahagian) ke: Peraduan ‘Hang Masuk, Hang Menang’ F&N, Peti Surat 3032, 47509 Subang Jaya, Selangor

Haa, kan kami dah cakap. Senang je kan?

Wang tunai RM50,000* dan banyak lagi hadiah mingguan serta hadiah istimewa menanti korang tau!

Memandangkan sokongan korang memang ‘padu’ selama ni, F&N memang berbesar hati nak ‘reward‘ korang dengan hadiah-hadiah yang ‘padu’. Check-out hadiah lumayan yang korang bakal dapat, moga-moga korang bertuah!

  • Hadiah utama X 1 pemenang – Wang tunai berjumlah RM50,000*
  • Hadiah istimewa X 1 pemenang untuk setiap daerah X 6 daerah – Motosikal Yamaha
  • Hadiah mingguan X 20 pemenang setiap minggu X 12 minggu – selendang Fareeda Edisi Terhad

Padu tak padu hadiah F&N nak bagi korang ni? Kami pun gatal tangan nak join!

Kat mana nak dapat borang peraduan?

Saat yang ditunggu-tunggu… Tak sabar kan nak join? Meh kami share kat mana nak dapatkan borang peraduan F&NHang Masuk Hang Menang‘ ni…

Klik gambar atas ni, terus direct ke borang peraduan!

Borang peraduan boleh dimuat turun dari www.fn.com.my, ataupun boleh didapati pada label produk, ruangan dalam akhbar dan hypermarket serta supermarket yang terpilih seluruh negara.

Korang juga boleh tahu update peraduan dan siapa pemenang mingguan di akhbar Harian Metro, The Star (update mengenai peraduan je) dan Utusan Borneo.

Peraduan bermula 1 November 2017 hingga 31 Januari 2018. Nak rujuk terma dan syarat peraduan, layari www.fn.com.my.

Cepat! Hantarkan seberapa banyak penyertaan korang. Sebab, lagi banyak hang masuk, lagi banyak hang menang!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×