berita

Beli Tiket Bas, Hantar ‘Money Packet’ Dan Banyak Lagi Dengan WeChat Je! Biar Betul?

August 21st, 2018 | by Azyan
Kini Trending

WeChat ni tak sama macam aplikasi chat lain tau. Biasanya kita dengar orang gunakan WeChat untuk berbalas mesej, hantar gambar supaya tak pecah atau blur dan yang paling famous sebab nak dengar lagu kat JOOX tanpa iklan secara percuma.

Bukan tu je tau, siap boleh buat moment.  Senang cerita, satu aplikasi pelbagai guna. Feature terbaru ni sure buat korang lagi memilih WeChat dari aplikasi lain. Nak tahu? Baca dulu artikel ni sampai habis!

Apa WeChat Pay & apa korang boleh buat dengan feature ni?

Lebih mudah dan yang paling penting selamat untuk digunakan. WeChat memperkenalkan feature terbaru mereka, WeChat Pay MY!

  • Quick Pay

Direka untuk transaksi yang lebih cepat dan mudah, pengguna hanya perlu display kod QR tersebut untuk membuat bayaran! Peniaga seperti restoran dan supermarket boleh connectkan feature unik ini dengan sistem POS mereka.  KK Super Mart merupakan kedai pertama di Malaysia yang menerima pembayaran menggunakan WeChat Pay MY ni tau!

  • Debit Card Binding

Untuk menggunakan servis WeChat Pay MY ni, firstly korang kena bind kad debit (Mastercard atau Visa) tu dengan akaun WeChat Pay MY. Selepas tu, pengguna boleh topup je wallet diorang guna kad debit! Korang boleh gunakan beberapa kad yang korang nak, tapi satu kad hanya untuk satu akaun saja!

  • Pembayaran Sosial- ‘Money Packet’

Money Packet ni sebenarnya transaksi P2P (peer-2-peer) berdasarkan contact WeChat korang! Ada dua jenis peket yang korang boleh guna. Satu untuk Individual, satu untuk Group. Dengan adanya Money Packet ni, korang boleh redeem duit dengan ucapan yang kawan korang hantar tu (refer gambar diatas)! Hanya tekan ucapan yang dihantar dan korang terus dapat duit! Best kan?

  • Alamak! Data habis!!

Selain tu, korang juga boleh top up guna WeChat Pay MY tanpa keluar dari apps tu pun. So, kalau tengah-tengah syok main voicenote, tiba-tiba data dah capai limit ha terus je bukak e-wallet korang and top up! Senang kan?

  • Beli tiket bas dan tiket flight pun boleh!

Tak payah susah-susah bukak laptop. Dengan WeChat Pay MY, korang boleh book tiket flight dan tiket bas macam tu je! Takde alasan untuk korang kata tak sempat. Bila confirm je date nak pergi bercuti ke nak balik kampung ke ha, terus je klik kat e-wallet tu.

  • Boleh withdraw duit kat wallet korang tu tau!

Baki dalam wallet ni bermakna baki duit yang ada dalam WeChat Pay MY korang tu. Contohlah ada RM2 je ha korang boleh terus withdraw duit tu ke mana-mana akaun bank yang ada di Malaysia! Limit withdraw ni ialah RM10,000 sebulan.

Mudahnya!! Apa lagi yang kita dapat dengan WeChat Pay MY ni?

Ada lagi yang korang boleh dapat bila guna WeChat Pay MY ni!  “Money Packets” akan diberikan dengan amaun yang berbagai kepada kesemua pengguna WeChat di Malaysia dari 21 hingga 28 Ogos 2018!

Dalam tempoh promosi tu, setiap pengguna WeChat Pay MY akan menerima ‘angpao’ bernilai dari RM3.88 hingga RM88.88 berserta kupon top up bernilai RM2!!* (‘money packets’ & top up ini akan diberikan selagi stok masih ada)

Hanya satu ‘angpao’ akan diberikan kepada ahli tersebut. Lepas je korang tekan “Buka” dekat paket duit tu, duit akan terus dikreditkan ke dalam wallet korang!

Tapi, promo ni hanya terbuka untuk warganegara Malaysia je tau! Cubalah guys, mana tahu boleh dapat RM88.88 tu!!

Korang kena try cepat tau sebab hari pertama Money Packet ni dilancarkan, dah dapat sambutan yang hangat!! Ada yang dapat, ada juga yang tak dapat.. sebab tu korang kene try luck korang harini!

Scan QR Code dari WeChat ni untuk dapatkan Money Packet eksklusif dan kupon tambah nilai sekarang!

Maklumat lanjut korang boleh follow WeChat Official Account (WeChat Pay MY) atau akaun rasmi Facebook WeChat Pay MY [Klik Sini]!

SKIP THIS AD ×