berita

‘Beli Untuk Tunang, Tapi Tunang Buat Pedajal’ – Wanita Nekad Putus Tunang Bila Dapat Tahu…

November 1st, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Setiap pasangan bercinta pasti akan lalui fasa pasang surut di dalam perhubungan mereka lebih-lebih lagi yang sudah bertunang. Kata orang tua-tua, fasa inilah pasangan akan diuji dari segala aspek dan yang benar-benar memahami pasangan akan berjaya mengharungi fasa ini tetapi jika segala usaha menemui jalan buntu berpisah adalah jalan terakhir.

Seperti yang dikongsikan wanita ini, dia nekad memutuskan hubungan dan ingin menjual semula Yamaha R25 yang telah dihadiahkan kepada tunangnya selepas berang lelaki tersebut telah memajak motorsikal tersebut dengan alasan yang tak masuk akal.

Pajak motosikal pada tokan dadah?

Dakwa wanita yang bernama Cik Ayu ini, bekas tunang wanita tersebut dikatakan telah memajak motosikal yang dihadiahkan itu pada tokan dadah. Namun tindakkan pantas wanita tersebut, dia berjaya mendapatkan semula motosikal tersebut hasil rundingan bersama tokan dadah tersebut.

Ingin menjual motosikal tersebut

Wanita itu telah menukar penama motosikal tersebut yang sebelum ini diletakkan diatas nama bekas tunangnya kepada namanya dan berhasrat untuk menjual semula motosikal tersebut.

Diharap wanita tersebut tabah mengharungi dugaan ini dan semoga dipertemukan dengan seorang lelaki yang benar-benar ikhlas terhadap dirinya. Tapi boleh percaya ke cerita wanita ini? Kalau betul lah, memang patut cari lelaki lain je!

Sumber: Cik Ayu

SKIP THIS AD ×