berita

“Benda Dah Terjadi, Biarkan Je La” – Diana Amir

September 25th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Minggu lalu program hiburan Galaksi TV9 telah mengeluarkan berita gembira mengenai pertunangan pelakon cantik Diana Amir dan pasangannya,Mohd Habib Bullah A. Rahman iaitu seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah.

Berikutan berita tersebut, pihak OHBULAN! telah menghubungi aktress cantik ini dan mendapatkan kenyataan daripada Diana sendiri berkaitan berita pertunangan tersebut. Menurut Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 26, dia tidak mahu megulas lebih lanjut berkaitan isu pertunangannya dan semua diserahkan pada ketentuan yang ESA.

“Diana tak nak komen lebih lanjut. Lagipun majlis tersebut Diana buat secara tertutup dan hanya untuk keluarga sahaja. Jadi, Diana tak nak kecoh-kecohkan perkara pertunangan ini dan Insyallah kalau ada jodoh, untuk majlis perkahwinan nanti Diana akan beritahu kepada umum,” ujar Diana dengan sopan.

Apabila diajukan soalan, bilakah agaknya majlis perkahwinan Diana dan pasangan bakal diadakan? Pelakon ini menjawab semuanya belum tahu, dan dia hanya berdoa serta berserah sahaja kepada jodoh. Selain itu, merujuk pada ciri-ciri yang terdapat pada Habib yang membuatkan Diana terpikat, pelakon manis ini menyatakan dia memilih Habib kerana lelaki tersebut merupakan seorang yang bijak dari segala aspek terutama soal agama.

“Sebenarnya ada banyak sebab kenapa Diana memilih Habib. Tapi yang paling penting adalah dia seorang yang bijak. Dia bijak dari semua segi, termasuklah bidang agama,” ulas Diana lagi.

Berikutan penyebaran berita pertunangannya kepada pihak Galaksi TV9 baru-baru ini, Diana menyatakan dia sendiri tidak tahu bagaimana gambar pertunangannya boleh terlepas kepada pihak media sedangkan majlis tersebut diadakan secara tertutup. Meskipun begitu, Diana enggan mengambil tahu siapakah individu yang menyebarkan gambar tersebut dan ingin membiarkan sahaja perkara tersebut berlalu.

“Diana tak nak tahu siapa yang bagi gambar tersebut kepada pihak media. Lagipun benda dah terjadi, biarkan je la.” Ujar pelakon cantik ini.

Merujuk perkembangan terbaru, Diana kini sedang berjinak-jinak menceburkan diri dalam bidang pengacaraan untuk siaran TV Al-Hijrah dan TV9. Untuk bidang lakonan pula, pelakon ini dikatakan akan lebih memilih skrip yang terbaik dan bersesuian dengan dirinya.

SKIP THIS AD ×