berita

“Berita Yang Ditulis Pada Akhbar Itu Adalah 100 Peratus Tidak Benar” – Zul Huzaimy

September 10th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Menerusi laporan rakan media mStar Online hari ini, pelakon terkenal Zul Huzaimy menafikan yang dirinya telah rujuk kembali dengan bekas isterinya, Nor Dalilah Muhammad, 29, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian pada Ahad lalu.

Menurut Zul Huzaimy, 34, berita yang yang dilaporkan oleh akhbar berkenaan betul-betul membuatnya terkejut. Zul memaklumkan bahawa, dia dan bekas isterinya sudah tidak ada lagi sebarang ikatan dan mereka berbaik semula hanya kerana anak mereka, Awal Haziq, 6 tahun.

“Berita yang ditulis pada akhbar itu adalah 100 peratus tidak benar. Kami sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Kami berbaik pun kerana anak. Masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri. Tambah pula Dalilah akan mendirikan rumah tangga pada Disember depan,” ulas Zul Huzaimy kepada wartawan mStar Online.

Menerusi laporan akhbar berkenaan, Zul dan Dalilah dikatakan talah kembali tinggal bersama di Bangi selepas melalui kemelut rumah tangga yang berpanjangan. Selain itu, ia turut melaporkan yang Dalilah kini sedang hamil anak kedua.

Namun begitu, menurut Dalilah, berita tersebut benar-benar memalukan dirinya dan keluarga. Dia juga tidak tahu bagaimana hendak terangkan perkara tersebut kepada tunangnya.

“Buat masa ini, tunang saya tidak tahu lagi tentang perkara ini, saya tak tahu nak terangkan kepada dia macam mana. Sudahlah saya ini ibu tunggal, dan difitnah dengan perkara sebegini. Apa pula kata keluarga pihak dia nanti,” ujar Dalila.

Zul dan Dalilah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2005. Bagaimanapun, perkahwinan mereka gagal dipertahankan dan mereka telah bercerai dengan talak dua pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah Kajang.

SKIP THIS AD ×