berita

Betty Banafe Teruskan Perkahwinan Disember Ini

November 20th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pelakon dan penyanyi Betty Banafe atau nama sebenarnya Betty Ibtisan Abu Bakar Banafe, 33 mengaku masalah perbezaan budaya antara dia dan pasangan Bruce Dargus nyaris membatalkan perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada Disember depan.

“Disebabkan dia bukan orang Melayu, dia sukar untuk memahami budaya kita. Semasa kami berbincang bagi mengadakan persiapan pernikahan, kami menghadapi masalah perbezaan pendapat menyebabkan saya putus asa sehingga berhasrat membatalkan perkahwinan itu.

“Bagaimanapun selepas dibantu oleh seorang teman rapat yang berusaha untuk menyelesaikan masalah kami, akhirnya kami mendapat jalan penyelesaiannya,” ujar Betty Banafe menerusi laporan mStar Online hari ini.

Mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut, upacara akad nikah Betty difahamkan akan diadakan di rumah keluarganya di Kempas, Johor dan majlis resepsi kedua-dua pihak akan diadakan di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru pada 12 Disember depan.

SKIP THIS AD ×