berita

Betul ke Aeril Dengan Ummi Bersama? Jom Tengok Patahnya Sebelah Sayap Musim Baru Ni!

May 14th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Korang ingat tak lagi kisah cinta antara Alisha (Ummi Nazeera) dan Kuzairi (Aeril Zafril) dalam Patahnya Sebelah Sayap kat slot Samarinda TV3 dulu?

Drama ni telah mencatatkan jumlah tontonan sehingga 3.2 juta orang tau, menjadikannya salah satu drama yang popular pada waktu itu.

Tapi korang tau tak cerita ni akan ada musim kedua? Haaa…. Sebelum tu jom kami recap sikit drama ini musim lalu.

Imbasan Patahnya Sebelah Sayap musim pertama.

Kisah Patahnya Sebelah Sayap ini adalah mengenai nasib Alisha (Ummi Nazeera) yang telah difitnah oleh tunangnya sendiri Amzar (Izzue Islam), dimana dia telah dituduh membunuh sorang wanita dalam kejadian langgar lari.

Walaupun semasa kejadian itu, Amzar yang juga seorang peguam, memandu kenderaan tersebut,  namun dia telah menuduh Alisha demi menjaga kepentingan peribadinya.

Alisha, yang dipenjarakan selama 2 tahun kerana kesalahan yang tidak dilakukannya itu, terpaksa menanggung derita apabila ibunya meninggal dunia semasa dia berada di dalam penjara.

Takdir telah menemukan Alisha dengan Kuzairi (Aeril Zafriel) apabila dia bekerja sebagai tukang cuci di syarikat milik lelaki itu. Tidak berapa lama kemudian, Kuzairi menaruh perasaan terhadap Alisha.

Namun, apabila Kuzairi mengetahui sejarah hitam Alisha yang pernah dipenjarakan kerana melanggar seorang wanita yang juga merupakan isterinya, perasaan cintanya telah bertukar benci, tanpa mengetahui bahawa Alisha tidak bersalah.

Malang terus menghantui kehidupan Alisha, apabila Amzar kembali untuk memusnahkan kehidupan Alisha bagi melindungi rahsianya.

Kuzairi yang mengetahui kisah sebenar akhirnyam kembali mencari Alisha bagi memohon maaf atas kesalahan itu dan Amzar menerima balasan diatas perbuatannya.

Haaaa… macam mana, dah ingat dah cerita ni?

Musim baru paparkan konflik, kasih-sayang dan kemaafan.

Musim kedua ni, watak Alisha dan Kuzairi akan berdepan dengan konflik yang lebih mencabar. Hmm..agak-agak macam mana dorang nak tangani masalah ni semua ?

Nak tau kan? Jangan lupa saksikan musim terbaharu, Patahnya Sebelah Sayap bermula 22 Mei 2018, setiap hari  Selasa dari  jam 9.50 hingga 10.00 malam, hanya di TV3.

“NIVEA Creme”, melindungi kulit seperti kasih sayang ibu terhadap anaknya.

Dengan tema selembut salam kemaafan, “NIVEA Creme” telah berbesar hati menaja musim kedua Patahnya Sebelah Sayap ini bagi memastikan hubungan kekeluargan terus erat dengan menggunakan “NIVEA Creme” ini.

Selain bermanfaat sebagai krim serbaguna yang dapat membantu memberikan kelembapan kepada kulit dan juga bibir, “NIVEA Creme” juga dapat membantu melembutkan siku, lutut dan tumit dengan penggunaan yang kerap.

 

 

 

So, nak dekat bulan puasa ni, bolehlah korang start beli “NIVEA Creme” bagi memastikan kulit kekal hidrat walaupun sedang berpuasa.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×