berita

Betul Ke Ini Petanda Raya Makin Dekat? No 4 Tu Paling Epik Kami Rasa

May 31st, 2018 | by Epul
Kini Trending

Dalam kesibukan kita bekerja dan menguruskan pelbagai hal sehari-hari, sedar tak sedar dah masuk bulan Mei. Rasanya macam baru masuk tahun baru. Itulah orang kata, ‘masa itu emas’ dan perlu hargai setiap detik yang ada…

Tapi, mesti korang tak perasan rupanya raya dah nak dekat, sampailah korang perasan tanda-tanda kat bawah ni… Ada lagi yang korang nak tambah? Share kat ruangan komen okay!

1. “Keenakan buah kurma dari Timur Tengah, kelazatan buah kurma yang tiada bandingannya”

Bila korang mula dengar atau nampak iklan kurma popular ni berbisik “Yusuf Taiyoob…” kat radio atau TV, sahlah tak lama lagi nak raya. Dalam sehari, lebih 10 kali korang akan dengar kat radio atau TV sebab diorang nak promote kurma diorang sempena bulan puasa…

2. Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sesak

Semua orang tahu Jalan TAR syurga beli-belah bila tiba bulan Ramadan. Sampaikan, takde ruang langsung nak berjalan! Masa tu, memang berebut orang nak beli persiapan raya. Dari baju, peralatan sampailah hiasan rumah. Tak kurang hebatnya, jeritan penjual mempromosikan produk masing-masing. Memang bingit!

3. Member datang office bawak tester kuih raya

Bila kau ada kawan yang family dia jual biskut raya dan tiba-tiba satu hari tu dia bawak tester kuih raya, sah tak lama lagi nak raya. Syok sebenarnya ada kawan macam ni. Kita tak payah susah-susah beli biskut raya kat luar, beli dengan member je. Dijamin sedap, bersih dan selamat. Tapi awas, jangan membeli sakan pulak!

4. Video 3 jejaka nyanyi lagu ‘Senandung Hari Raya Untukmu’ mula viral lagi

Sekitar tahun 2011 (kalau tak salah admin) dulu, muncul satu video 3 jejaka menyanyi miming lagu ‘Senandung Hari Raya Untukmu’ dendangan Dayang Ku Intan. Dan sehingga kini, video itu masih popular dan pasti akan muncul bila tiba hari raya setiap tahun. Siapa yang belum tengok video tu, pergi search kat YouTube. Comel kan diorang?

5. Orang ramai beratur kat bank nak tukar duit raya

Kalau korang nampak orang ramai beratur kat bank lebih panjang dari biasa, percayalah raya dah nak dekat. Sebab semua orang nak tukar duit kertas untuk dimasukkan ke dalam sampul raya. Kalau lambat nanti habis, pusinglah mana bank sekalipun… Jadi, make sure korang tukar duit raya cepat-cepat!

6. Tersebarnya pickupline raya yang cringe di media sosial

Antara 10 kawan korang, mesti ada sorang yang mudah cair dan suka betul main pickupline. Jadi, kalau korang nampak banyak pickupline raya kat media sosial sejak akhir-akhir ni, tandanya nak dekat rayalah tu… Jangan cepat jatuh hati, kang beraya bawak balik pasangan baru pulak!

Memandangkan dah banyak tanda raya makin dekat, apa kata korang singgah Suria KLCC

Siapa belum buat persiapan raya, jom jadikan pusat beli-belah Suria KLCC sebagai pilihan utama korang untuk membeli segala keperluan sempena Ramadan dan Raya ni. Dari pakaian, aksesori, keperluan dan hiasan rumah sampailah biskut raya korang boleh dapatkan kat sana!

Tahun ni, Suria KLCC mengetengahkan konsep tradisional untuk dekorasi raya mereka di bahagian dalam pusat beli-belah popular berkenaan. Sebuah rumah kayu tradisional seperti di kampung dibina memang kami tengok unik dan jarang kita jumpa pada tahun 2018 ni…

Malah, di luar terdapat mana seni bina ketupat gergasi setinggi 70 kaki dibina untuk tatapan pengunjung dan orang ramai boleh mengambil gambar kenangan bersama keluarga di situ…

Nak tau apa butik menarik yang ada kat Suria KLCC?

Kalau korang belum membuat persiapan untuk diri seperti baju, tudung, aksesori dan sebagainya… Ada baaanyak kedai dan jenama menawarkan koleksi lawa-lawa sempena raya dengan diskaun serta potongan harga menarik. Jom tengok apa antara yang ada dalam Suria KLCC

Arzu

Habib

dUCk

Lepas shopping, boleh tebus hadiah-hadiah menarik

Kalau korang tak tau, bertuah sebenarnya siapa shopping kat Suria KLCC ni. Korang yang berbelanja setiap hari, boleh tebus untuk hadiah-hadiah menarik contohnya mangkuk tingkat dan sampul duit raya. Apa yang perlu korang lakukan hanyalah berbelanja RM1,000 ke atas dalam satu resit. Senang je!

Selain itu, korang juga berpeluang memenangi jam tangan Longines apabila berbelanja RM3,500 dan ke atas dalam satu resit hanya di hujung minggu. 4 cabutan bertuah akan diadakan selepas kempen tamat. Nantikan pemenangnya di laman media sosial Suria KLCC ya!

Bukan sekadar hadiah, persembahan pun ada jugak!

Bila korang penat membeli-belah, apa kata rehatkan badan dan enjoy tengok persembahan raya yang ada di Suria KLCC seperti gamelan, persembahan tarian tradisi negeri-negeri di Malaysia, persembahan muzikal taridra, silat dan tarian cilik.

Semua persembahan ni ada sepanjang hari dari 23 Mei hingga 17 Jun 2018. Jangan terlepas okay!

Suria KLCC pun tak terlepas untuk melakukan kerja amal

Tahun ni, Suria KLCC meneruskan misi We Care Journey, sebuah organisasi bukan kerajaan yang memberi bantuan kepada keluarga yang terkesan dari Spinal Muscular Atrophy (SMA).

Orang ramai menulis ucapan pada kad ucapan berbentuk wau bulan sempena kempen Share the Care

Bagi mengumpul RM10,000, korang boleh menyumbang RM10 dan menukarkannya kepada kad ucapan berbentuk wau bulan lalu menggantungkannya di panel dekorasi yang ada di Park Mall!

Nak tengok Chef Sherson Lian masak sambil berkongsi tips di dapur?

Istimewa sempena Ramadan dan Raya kali ni, Suria KLCC nak ajak korang tengok kemahiran Chef Sherson Lian memasak resipi berbuka dan hari raya. Selama ni korang tengok dalam TV je kan? Haa, kali ni boleh tengok depan-depan sambil dengar dia berceloteh mengenai tips di dapur untuk korang yang bergelar ibu…

Tapi, sesi ni tak dibuka untuk semua orang tau! Hanya 30 orang yang terpilih je boleh join untuk setiap sesi yang diadakan pada 2 dan 9 Jun ini dari jam 4 hingga 5 petang…

Caranya, korang belanja RM80 ke atas di mana-mana kedai makanan & minuman di Suria KLCC dan hantar gambar resit ke SINI. Sebelum tu, korang tengok dulu siri food review Chef Sherson di Madam Kwan’s, Melur & Thyme, Aseana Café dan Mama San di laman YouTube serta Facebook Suria KLCC

Penat shopping, dah enjoy tengok persembahan, kat mana nak berbuka puasa?

Seronok shopping sampai lupa waktu berbuka dah nak dekat! Jangan risau, Suria KLCC ada baaanyak kedai menarik yang korang boleh cuba dan admin confirm semuanya sedap-sedap. Admin dah siap list kat bawah ni, korang pilih je okay!

Mama San – Kung Pao Chicken

Aseana Cafe – Nasi Lemak Beef

Melur & Thyme – Nasi Dulang Set A

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai program, kempen dan acara di pusat beli-belah Suria KLCC, jom langgan E-newsletter mereka dan layari laman web Suria KLCC. Jangan lupa follow laman sosial Facebook mereka juga okay. Selamat Hari Raya!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×