berita

Betul Ke, Nabila Huda Bercuti Ke Maldives Untuk Tenangkan Diri? Hmm.. Kenapa Ni?

July 10th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Akhir-akhir ni makin meletup tengok lakonan Nabila Huda dekat televisyen kan? Tapi dengar cerita, baru-baru ni dia dikatakan membawa diri ke Maldives. Betul ke?

Hmm.. Jauhnya Nabila bawa diri.  Tapi, apa yang menariknya kat Maldives sampai Nabila pon ke sana? Korang mesti nak tau kan?

Nabila berkongsi dengan peminat gambar percutian di Maldives.

Chill korang, rupanya Nabila Huda bukan pergi membawa diri. Rupa-rupanya, dia pergi ke Maldives untuk bercuti. Siapa tak penat asyik kerja je kan.

Korang pon, mestilah nak ada masa untuk tenangkan diri. Macam tu jugalah Nabila.

Kami sempat juga tengok gambar-gambar yang Nabila kongsi kat laman instagram dia. Memang cun habis. Selain tu, tempat dia stay masa kat Maldives pon boleh tahan gak. Korang mesti jealous punya!

Masa di Maldives, Nabila stay dekat Adaaran Prestige Vadoo apa yang menariknya kat sini ialah tempat ni menyediakan pelayan peribadi untuk melayan kehendak setiap tetamunya. Wow!

Selain tu, tempat ni juga ada direct access untuk ke pantai, selain dilengkapi dengan kolam renang peribadi. Hmm.. Bertuahnya Nabila Huda kan?

Maldives ni sememangnya sebuah pusat percutian idaman dan korang yang suka melancong tu, jangan lupa mark Maldives sebagai salah satu destinasi yang korang kena pergi.

Maldives, syurga buat pencinta alam.

Sebut je Maldives, mesti korang bayangkan tempat percutian mewah dengan penginapan yang mahal kan?

Dengan dikelilingi lebih seribu buah pulau, air yang jernih sehingga menampakkan hidupan laut serta batu-batu yang cantik. Maldives dianggap syurga oleh pencinta alam semula jadi.

Namun, sebenarnya apa yang korang perlu tahu, penginapan di sini boleh dikatakan berpatutan, tapi korang kenalah rajin check di laman web  dan buat booking beberapa bulan lebih awal. Jika tempah last minute, memang confirm harga mahal!

Dekat Maldives, korang tak perlu risau cara nak dapatkan makanan halal. Sebab di Maldives, agama rasminya merupakan agama Islam, jadi kebanyakkan makanan yang dijual adalah dijamin halal.

Maldives ni terletak di pulau di Lautan Hindi dan merupakan sebuah kepulauan yang dibentuk daripada 1200 buah pulau. Tetapi hanya 200 pulau sahaja yang berpenghuni.

So, korang boleh bayangkan kawasan yang dikelilingi dengan lautan biru dan permandangan memukau. Sesuai sangat buat korang yang sukakan kedamaian dan suasana yang menenangkan sambil menikmati cahaya matahari yang menyegarkan.

Untuk korang yang sedang mood honeymoon dan mempunyai bajet lebih, Maldives semangnya destinasi terbaik korang. Bagi merasai kelainan, korang mungkin boleh menginap di villa air kerana kawasan ni lebih eksklusif dan terletak di pulau persendirian seperti di Paradise Island atau Komandoo Island.

Bagi korang yang buat percutian bajet ke Maldives, tapi teringin nak ke villa air ni. Jangan risau, ada pakej yang menawarkan persinggahan ke private island ni. Korang bolehlah tangkap gambar buat kenang-kenangan kat situ nanti.

Sebab Maldives ni merupakan kawasan kepulauan, pada waktu malam di sini amat sesuai untuk korang buat aktiviti star gazing. Terdapat pusat penginapan yang menyediakan binokular untuk aktiviti ni.

Tapi di kebanyakkan tempat korang tak perlukan binokular ni pon. Sebab korang boleh tengok keindahan bintang-bintang di langit dengan mata kasar korang. Seronok kan!

Keindahan alam semula jadi yang memukau.

Kalau korang nak tahu, ekonomi utama di Maldives sebelum ini ialah melalui aktiviti perikanan. Namun, selepas keindahan Maldives mula diketahui umum, ekonomi utamanya telah berubah kepada aktiviti perlancongan.

Bukan itu sahaja, kejernihan air di Maldives ni pasti membuatkan sesiapa sahaja teruja. Sebab, korang boleh melihat sendiri hidupan laut berenang dengan bebas.

Kalau korang nak lebih dekat dengan hidupan laut, korang boleh buat snorkeling safari trip. Kalau nasib korang baik, korang akan berselisih dengan penyu, jerung dan ikan pari. Banyak tempat di sini yang menyediakan kemudahan untuk melakukan aktiviti snorkeling ni. So, korang kenalah cuba.

Selain snorkelling, terdapat juga aktivit seperti scuba diving (kalau korang ada lesen), jet-ski, jet-blade, banana boat dan macam-macam lagi yang korang boleh try kat sini.

Selain aktiviti air, terdapat satu lagi aktiviti yang korang tidak boleh ketinggalan semasa kat Maldives, iaitu tengok ikan lumba-lumba. Yelah kat Malaysia mana ada kan?

Tapi, ni bergantung kepada keadaan cuaca jugalah. Jadi, korang sebelum pergi sini rancang elok-elok perjalanan korang dulu ya.

Percutian ke Maldives sememangkan impian hampir setiap orang, di mana korang boleh merasakan diri korang seolah-olah berada di sebuah dunia lain, yang dapat membantu korang melupakan segala masalah.

Yelah siapa tak penat kalau kerja sepanjang masa. So, apa kata korang reward diri korang dengan bercuti ke Maldives!

Jom ke Maldives dengan AirAsia.

Haa.. Korang tahu tak AirAsia menawarkan penerbangan terus ke Maldives setiap hari? Hmm patutlah Nabila Huda pon pergi ke Maldives untuk tenangkan fikiran, sebab AirAsia menawarkan penerbangan terus yang hanya memakan masa 4 jam sahaja dan harga tiket yang ditawarkan juga sangat berpatutan.

So korang, tunggu apa lagi jom layari laman web AirAsia untuk penempah tiket penerbangan korang.

Haa.. Sebelum tu, korang nak ikut pengembaraan Nabila di Maldives? Jom tengok video ini. Check it out!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×