berita

Betul Ke Ramai Idamkan Kisah Cinta Aiman & Farah Macam Dalam Drama Amira Rose Ni?

June 14th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Siapa je tak kenal Aiman Hakim Ridza, pelakon kacak yang mampu mencairkan hati gadis-gadis Malaysia dan Farah Nabilah, si gadis ayu yang manis dengan senyuman ini… Mana taknya, kedua-dua selebriti ini sering menghiasi kaca TV kita hampir setiap hari…

Khabarnya mereka berdua ini sedang hangat ‘bercinta’ dalam drama ‘Amira Rose‘ yang bakal ditayangkan di TV3 tak lama lagi! Haa, admin pun terkejut dengar berita ni…

Apa yang paling kami tak sangka, kisah cinta mereka tu memang sweet habis! Bak kata orang, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena… Haaa, lagi tepat macam perempuan selalu kata, ‘relationship goal‘ gitu… Jom kita tengok apa yang sweet sangat!

Kisah cinta bermula di tempat kerja

Bekerja di bawah satu bumbung, Rahman (lakonan Aiman Hakim Ridza) menyukai Amira Rose (lakonan Farah Nabilah) yang manis dan cinta mereka berputik beberapa bulan selepas itu. Bila dua-dua dah suka sama suka, ada chemistrpulak tu, apa lagi kan? Hujung minggu dating, siap makan dan jalan sama-sama lagi…

Namun, Amira sangka panas hingga petang namun hujan di tengah hari… Pada satu malam tu, dia baru tau Rahman dah berhenti kerja dan pindah ke syarikat pesaing mereka pulak. Apa lagi, frust menonggeng si Amira! Tak dapat jumpa, risau Rahman cari girlfriend lain. Sejak itu, hubungan mereka mula renggang…

Cuba untuk lupakan Rahman, namun…

Bila hubungan mula renggang, buat apa nak sibuk pasal orang tu lagi kan? Amira pun ikut Mun (lakonan Sharifah Sakinah) senior tempat dia kerja balik kampung untuk sambut hari raya kononnya nak lupakan si Rahman. Ye lah, dah heartbroken takkan nak biar hati sayu raya sorang-sorang ye dak?

Bila dah kat rumah keluarga Mun, Amira jumpa pulak Amir (lakonan Daler Yusuf) sepupu Mun yang rupanya boleh tahan kacak. Macam perempuan nampak lelaki hensem pada pandangan pertama, tak berkelip mata Amira bila jumpa Amir masa tu…

Dalam tak sedar, rupanya Rahman risau Amira putuskan terus hubungan cinta mereka. Dia pun bergegas ke kampung Mun untuk cari balik Amira dan cuba untuk memenangi semula hati Amira, macam-macamlah dia buat…

Adakah Amira akan terus bersama Rahman?

Nak tahu apa jadi dengan Amira dan Rahman, adakah mereka akan terus bersama? Jom tonton drama romantis Amira Rose ni di TV3 setiap Isnin & Selasa pada jam 9.50 malam (10 minit) bermula 25 Jun ini!

Hmm, lama jugak nak sampai 25 Jun kan? Jangan risau! Sempena musim raya ni, Amira Rose akan tayangkan episod istimewa mereka di NTV7 pada 17 Jun, hari Ahad, jam 3 petang dan TV9 pada 22 Jun, hari Jumaat, dari jam 9:00 hingga 9:45 malam. Tapi, jangan lupa tengok siri 25 Jun punya tau!

Take note dengan tarikh ni semua! Buat reminder dalam kalendar phone masing-masing siap-siap. Selamat menonton!

Haaa, kalau korang selama ni hanya dengar Ismail Izzani nyanyi, kali ni dia buat penampilan khas sebagai pelakon dalam drama ni! Kita tengok dia terror berlakon ke tidak…

Eh jap, Amira dengan Rahman ada pesanan untuk korang ni. Click play okay!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×