berita

BIGBANG Turun Malaysia Oktober Ini, “Alive Galaxy Tour 2012”

July 11th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Berita baik buat para peminat BigBang, kumpulan yang popular dari Korea Selatan ini akhirnya telah mengumumkan bahawa mereka akan turun ke Malaysia pada 27 Oktober 2012.

Buat pertama kalinya turun ke Malaysia, kumpulan ini akan menjelajah ke 25 buah bandar di seluruh dunia dan akan bermula di Shanghai pada 21 Julai ini. Menarik bukan? Dan apa yang pasti, Stadium Merdeka bakal menjadi lokasi persembahan mereka tidak lama lagi.

Sebagai sebuah kumpulan K-Pop yang mempunyai kualiti yang tersendiri, tidak hairanlah jika harga tiket dimulakan pada harga RM98 sehingga ke RM688. Anda boleh dapatkan tiket konsert jelajah “BigBang Alive Galaxy Tour 2012” di AirAsia RedTix atau Ticketcharge bermula 28 Julai ini. Jadi, sila kumpul duit dari sekarang ya!

Dibawah adalah lokasi dan harga tiket mengikut tempat yang telah disediakan oleh penganjur sempena konsert jelajah ini.

SKIP THIS AD ×