berita

Bila Faizal Ismail & Fara Fauzana ‘Bermain’ Roda Impian Dengan Halim Othman…Best!

February 21st, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Pasti ramai antara kita yang merindui suara Halim Othman yang pernah mengamit suasana gelak ketawa menerusi sebuah rancangan realiti iaitu Roda Impian. Rancangan ini telah bersiaran sejak 1996 dan menamatkan rancangan pada tahun 2006. Hampir 12 tahun Roda Impian meninggalkan kita, namun, suara nostalgia rancangan ini masih lagi berbisik ditelinga peminat.

Siapa yang tidak kenal dengan Halim Othman, seorang pengacara dan DJ stesen radio tempatan. Baru-baru ini dia telah kembali melepaskan rindu buat peminat Roda Impian di konti FBI Live. Konti ini dimeriahkan dengan suara Faizal Ismail dan Fara Fauzana yang sempat menjawab teka-teki daripada Halim Othman.

Nostalgia Roda Impian

https://www.instagram.com/p/Bfa_8trgjM3/?hl=en&taken-by=faizalfbi76

Pasti korang rasa geram macam Fafau apabila gagal menjawab soalan dari Halim Othman ini. Permainan dimain menerusi panggilan telefon yang dibuat Faizal. Agak menjadi sukar apabila berteka-teki menerusi telefon tanpa sebarang visual dipapar.

Saksikan video ini sampai habis, korang dapat melihat momen kelakar Faizal dan Fafau menjawab soalan Halim Othman. Kelakar habis!

Saya selesaikan, Halim

Masih terpahat dalam memori perkataan ‘Wang besar’, ‘Putar Halim’ dan ‘Saya selesaikan, Halim’. Ini perkataan wajib dilontarkan peserta Roda Impian sepanjang permainan.

Ada dalam kalangan peserta yang berjaya membawa pulang wang tunai manakala ada juga muflis tanpa memenangi sebarang hadiah.

Wang besar…

Malah, peminat turut mengakui rancangan realiti Roda Impian ini perlu dikembalikan semula untuk mengubat rindu era 1990an dan awal 2000. Rancangan tersebut pernah mengisi masa lapang penonton ketika di waktu petang dan hujung minggu.

Credit: Instagram Faizal Ismail

SKIP THIS AD ×