berita

‘Bila Saya Halalkan Seks Bebas’ – Jengkel Kerapkali Diputar-Belit, Ini Respon Syed Saddiq

November 19th, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq baru-baru ini mengeluarkan kenyataan panas yang mengatakan antara cara menangani kes pembuangan bayi adalah melalui amalan seks selamat sekaligus menghalang mereka dari mengandung.

Artikel berkaitan: Ajar Remaja Amalkan Seks Selamat, Pendapat Syed Saddiq Dikecam Netizen

Thread di Twitternya itu mendapat kritikan hebat netizen lain yang nyata membangkang cadangan itu kerana dilihat seolah-olah menggalakkan seks dalam kalangan remaja itu sendiri. Namun semalam, Syed Saddiq tampil mempertahankan dirinya menerusi satu laporan Sinar Harian.

Sejak bila saya halalkan seks bebas?

Syed Saddiq dalam kenyataannya di Facebook mengatakan isu ini bukanlah kali pertama dia diputar-belit dan menyifatkannya sebagai menjengkelkan. Dia turut memberi statistik menyatakan kes pembuangan bayi majoritinya berlaku dalam kalangan Melayu dan lebih kurang 700 bayi dibunuh kerana kekurangan pengetahuan mengenai seks.

Henti putar-belit, cari jalan penyelesaian

Dia juga menyeru semua pihak bersemuka dan duduk semeja untuk mencari jalan keluar bagi masalah ini. Syed Saddiq juga sempat menegaskan pendidikan seks dan seks bebas adalah satu tafsiran malas dan berbeza sama sekali.

Pendidikan seks untuk pasangan berkahwin juga

Memandangkan saya mengeluarkan kenyataan menerusi Twitter, netizen mudah salah faham dan tidak memahami kenyataan saya sepenuhnya.

Saya tidak menggalakkan sesiapapun mengadakan seks bebas dengan cara selamat, sebaliknya apa yang saya cuba katakan adalah mengenai sistem pendidikan seks bagi pasangan yang sudah berkahwin juga.

Menurutnya lagi, penjelasannya di Twitter membuatkan netizen mudah tersalah faham dan tidak memahami isu yang diutarakan secara keseluruhannya. Tweetnya sebelum ini teruk dihentam kerana dianggap menggalakkan pasangan belum berkahwin melempiaskan nafsu ke jalan salah.

Seks selamat elak penyakit kelamin

Apa yang saya katakan sebenarnya sudah diamalkan oleh banyak negara-negara besar di luar sana.

Kita bukan sahaja boleh mencegah kebebasan amalan seks, malah kita juga boleh memberi kesedaran amalan seks selamat terhadap rakyat.

Katanya lagi, cadangannya itu sudah lama diaplikasikan di luar negara dan rakyat perlu fokus dengan isu utama ini dan berusaha sedaya-upaya untuk membendung gejala itu daripada terus berlarutan. Seks selamat juga dapat mengelakkan penyakit kelamin dari terus merebak dalam kalangan rakyat Malaysia yang turut mempunyai statistik tinggi dalam penyakit berkenaan.

Sumber: Syed Saddiq , Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×