berita

Bintang Filem The Mummy & James Bond Bakal Timang Cahaya Mata Pertama

April 22nd, 2018 | by Amat
Kini Trending

Hubungan antara pelakon James Bond, Daniel Craig dan Rachel Weisz telah terjalin sejak 2010 lagi. Pasangan ini sering mendapat tumpuan apabila berjalan di karpet merah di majlis berprestij industri hiburan Hollywood. Kedua bintang filem Hollywood ini juga dikenali peminat segenap dunia dan rata-rata filem yang dibintangi mereka adalah pecah panggung.

Terbaru, Rachel Weisz berkongsi berita gembira kepada peminat dimana dia bakal menimang cahaya mata di usia 48 tahun.

Menunggu anak pertama

Rachel sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 tahun dari perkahwinan pertamanya, manakala Daniel juga seorang anak lelaki dari perkahwinan sebelum ini. Terbaru, Rachel telah megesahkan bahawa dia dan suami Daniel Craig sedang menunggu kelahiran anak pertama mereka.

I’ll be showing soon. Daniel and I are so happy. We’re going to have a little human. We can’t wait to meet him or her. It’s all such a mystery.

Walaupun hamil pada usia 48 tahun, Rachel mendedah bahawa dia dan suami tidak sabar menunggu menyambut kelahiran anak perempuan mereka.

Pasangan ini telah menjalin hubungan cinta pada tahun 2010 dan mengambil keputusan untuk berkahwin pada 2011.

Credit: Astro Awani

SKIP THIS AD ×