berita

“Bohonglah Kalau Saya Kata Tidak Mahu Berkahwin” – Dayang Nurfaizah

May 16th, 2012 | by Ai | 8 comments
51
reads
Kini Trending

“Bohonglah kalau saya kata tidak mahu berkahwin. Apatah lagi apabila usia semakin meningkat, keinginan untuk berumah tangga memang ada cuma saya belum bersedia dan tidak ada calon pun.” – Dayang Nurfaizah, dipetik dari mStar Online.

Itulah kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Dayang Nurfaizah, seorang penyanyi yang memang terkenal dengan lagu-lagu Pop dan R&B. Dalam temubualnya bersama sebuah akhbar online tempatan, Dayang yang bakal menjejak umur 31 tahun ini telah menyuarakan kebimbangannya terhadap kes-kes perceraian yang sentiasa berlaku di kalangan masyarakat.

“Banyak sangat kes-kes perceraian yang berlaku membuatkan saya takut untuk berkahwin.”

Dayang yang tidak kisah dengan usianya yang semakin meningkat mengaku dia belum bersedia untuk memberikan komitmen kepada orang lain (suami).

“Saya tidak sanggup untuk bertolak-ansur dalam banyak hal dan belum bersedia untuk menjaga orang lain (suami) dalam hidup saya. Saya bimbang jika berkahwin kelak, saya tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab seorang isteri dengan sempurna,” jelas Dayang.

Tak silap OHBULAN!, tahun ini saja ramai selebriti tanahair yang sudah mendirikan rumahtangga dengan bahagianya. Apa salahnya jika Kak Dayang kita ini pula mendirikan masjid, kan?

Sumber : mStar Online

8 Comments

  1. eysan says:

    kawin ke tidak its ok Dayang…ur fans will still be with u….hiksss

  2. nenek kebayan kebaboom says:

    betul tu dayang, kalau kawin bagai nk rak pastu cerai pun xguna gak..kawin sebab nk just nk cover ANDARTU watpe kan.. just be urself.. allah maha adil.. insyallah

  3. DotDotDot says:

    Jodoh dan perceraian adalah urusan Allah..ape yang penting adalah niat kita untuk mendapatkan keredhaan Allah melalui sunnah iaitu perkahwinan..

  4. ronaldoadindo says:

    KAHWIN ..BUKAN SAMA KAU TAPI SAMA AKUDA

  5. suka hati aku nak komen says:

    kawin ngan orang puteh la kak dyg..hehehe

  6. Kak Maz says:

    I love u, Dayang!!!!!!!!!!!!!!! Pray d best for u, inshaAllah.