berita

Boleh Mati & Lumpuh – Video Viral Tekan Dada, Ini Sebab Aksi Itu Bahaya!

October 14th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Semalam video beberapa orang remaja menekan dada rakannya yang sedang bersandar di dinding menjadi viral dan mendapat pelbagai kritikan netizen. Video berdurasi 25 saat itu juga menunjukkan remaja tersebut terkulai untuk beberapa saat.

Timbalan Ketua Kluster Pembangunan Sosial dan Kesejahteraan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora melalui Harian Metro menyifatkan perbuatan remaja tersebut ‘kerja gila dan bodoh’.

Itu kerja gila, boleh bawa maut

Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora menganggap perbuatan itu sebagai gurauan yang keterlaluan kerana boleh bawa maut. Menurutnya, jika oksigen tidak sampai ke otak selama 7 saat remaja tersebut boleh akan maut.

ITU kerja gila kerana tindakan itu boleh bawa maut atau remaja berkenaan mendapat serangan strok

Bagi saya ia tindakan yang bodoh kerana selain boleh mengakibatkan kematian, serangan strok juga boleh berlaku menyebabkan remaja terbabit lumpuh.

Apabila dada kita ditekan, ia menghentikan fungsi jantung yang menghantar oksigen ke otak seterusnya menyebabkan kematian.

Video berdurasi 25 saat itu menunjukkan seorang remaja lelaki dipercayai pelajar sekolah menengah melakukan aksi menekan dada rakan sebayanya yang berdiri dan bersandar dinding. Selepas beberapa saat, remaja yang bersandar itu tiba-tiba rebah menyebabkan dua rakannya itu panik seketika sebelum ketiga-tiganya ketawa apabila remaja pertama tersedar daripada ‘kematian’.

sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×