berita

‘Boleh Pergi Meninggal!’ – Batal Kerja Saat Akhir, Nabila Huda Mengamuk Di IG?

April 19th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semua sedia maklum, Nabila Huda sememangnya antara pelakon yang aktif di laman Instagram. Segala perkembangan terbaru mengenai dirinya pasti dikongsi bersama peminat. Memang seronok tengok kehidupan dia dan keluarga.

Terbaru, Nabila Huda berang di insta stories miliknya apabila kerjanya dibatal saat akhir. Pelakon itu meluahkan rasa terkilan terhadap seorang pihak produksi dan menganggap perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Kalau takde duit, cakap!

Next time kalau job cancelled or tak jadi amek or replace orang lain ke, bagitau! Kau suruh block, pastu kau diam. Kau ingat aku ada masa nak tunggu keputusan kau, tv station or producer whoever lah. Aku ada kerja lain selain nak tunggu kau. Kalau tak mampu nak bayar cakap je. Kalau budget kecik cakap je or kalau tv station nak orang lain cakap lah. Straight forward!

Come on lah, aku takde masa lah nak kecik hati or apa-apa. Kene inform lah Bahlol so boleh replace dengan kerja lain. Baik tak payah jadi production manager la kalau benda macam ni pun tak boleh handle. Bodoh!

Boleh pergi meninggal!

Sebenarnya kita yang bodoh, dapat job orang suruh blocked. Seminggu nak shoot dari tarikh yang dijanjikan tiba-tiba job cancelled. Lepas tu apa jadi? Ternganga kan? Dorang buat apa? Dorang teruskan kehidupan dorang macam biasa.

Kita terkapai kapai lah fikir nak settle bayaran itu ini. Job cancelled. So the way kan, siapa comfirm suh block, sila bagi booking payment. No booking fees, boleh pergi meninggal!

Nak harga kawan

Pastu some of production manager yang deal dengan artis ni, kalau boleh nak kurangkan payment je. Eh come onlah dah 2018 sial. Gaji masih sama macam 2008. Minyak naik, beras naik semua naik. Gaji kita makin nak di kurangkan..apo? Kalau takde duit takde budget, jangan buat drama. Tutup production. Kumpul duit dulu, barulah plan nak buat drama ke, filem ke. Ini duit takde ada hati nak buat drama, berangan nak artis power. Pastu bila deal “alah harga kawan-kawan lah”!

2018 ini bukan masa harga kawan-kawan dah. Dah berbelas tahun aku hadap je ayat “Tolong kawan-kawan”. Banyak benda aku nak kena fikir, bayar, nak quality, fikirlah sendiri. Nak bayar harga kawan, panggil talent kat agency yang cantik. berlakon ke laut.

Agak agak siapa lah produksi yang Nabila Huda maksudkan eh? Harap harap semua produksi boleh ambil berat isu ini.

Sumber : Kupu-Kupu

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×