berita

Bontot Anak Dah Jatuh Sebelah Sambil Bergayut Pada Baju Ibu – Sikap Murni Rider Tarik Perhatian Netizen

July 17th, 2017 | by Faezah | 7 comments
13K
reads
1.3K
shares
Kini Trending

Dalam setiap kehidupan ni mesti ada susah dan senang. Yang penting kesungguhan seseorang itu untuk menghadapi cabaran dan halangan dengan baik.

Perkongsian lelaki ini telah menyedarkan orang ramai tentang pengorbanan seorang ibu terhadap anak-anaknya. Jom kita ketahui apa yang bro ni lakukan?

Bontot jatuh, Anak bergayut baju ibu

Dua orang rider yang baik hati ini terserempak dengan seorang ibu yang membawa anaknya menaiki motosikal di highway PLUS. Risau dengan keadaan anak wanita terbabit kerana sebelah punggungnya telah jatuh dan bergayut pada baju ibunya, rider tersebut memberikan bantuan dengan membawa anak itu ke tempat yang dituju dengan selamat.

“Jangan salahkan akak ni”

Menurut kapsyen rider tersebut, anaknya telah selamat dihantar ke rumah destinasi yang ingin dituju. Tambahnya rider itu lagi, wanita tersebut mempunyai sedikit masalah dan meminta orang ramai agar tidak menyalahkannya.

Iyalah kita pun tak tahu apa masalah yang sedang dihadapi oleh dia. Harap semuanya dapat diselesaikan. Apa-apa pun tahniah kepada rider yang dah tolong akak ini!

Sumber: Hakim Aha

Most read today

Recommended for you