berita

Bosan Layan Drama Dekat Rumah? Ini #MasaUntukDrama Korang Pulak Di DFKL2018, Jom Join!

March 12th, 2018 | by Shafika
Shout Out!

Siapa kat sini memang jenis kaki layan drama? Orang cakap memang wajib lah tengok drama hari-hari, sampai tahap obses duduk depan TV tunggu turn drama favourite korang. Lagi-lagi yang pukul 7 petang itu. Paling kritikal sekali bila ada yang berangan nak jadi perlakon lah, nak jadi pengarah lah..Haa sampai tahap macam tu tau!

Tahun ini, Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL) kembali lagi. Padat dengan aktiviti menarik, korang semua dijemput hadir menyertai siri jelajah DFKL. Nak tahu apa yang menarik? Check it out!

Ujibakat

Yes! Ini peluang keemasan buat korang yang teringin nak jadi Raja Afiq dan Shazwan Hassan. Khabarnya ramai yang hadir untuk sertai sesi ujibakat di Johor Bahru dan Kuala Lumpur tempoh hari. Amboi bukan main lagi semua!

Berbakat sungguh masing-masing. Tapi bukan mudah ya untuk melayakkan diri sebab semua peserta yang hadir telah disaring terlebih dahulu oleh Sheila Rusly dan Sharulezad. Paling seronok, para peserta diberi peluang bergandingan dengan dengan artis jemputan semasa sesi uji bakat sedang berlangsung.

Bengkel

Nak berlakon bukan senang okay. Bukan boleh hafal skrip terus start berlakon. Tapi jangan risau, DFKL ini juga turut mengadakan bengkel bersama karyawan terhebat. Fuh bukan calang-calang, semuanya mantap dan hebat antaranya Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatima dan Sheila Rusly.

Bengkel selama dua hari itu akan berlangsung pada 31 Mac dan 1 April 2018, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) . Mereka yang berminat untuk mengikuti bengkel ini boleh membeli tiket secara online di www.dfkl.com.my

Pertandingan drama pendek

Dah banyak sangat tengok drama, mesti otak penuh idea nak keluarkan drama sendiri kan? Korang jangan simpan idea korang itu, apa kata korang hantarkan penyertaan drama pendek hasil kreativiti anda ke laman sesawang DFKL. Korang dah boleh start karang balik idea drama korang dan hantar hari ini juga ke website DFKL sehingga 18 Mac 2018. Hadiah bernilai sehingga RM 18,000 bakal menanti pemenang!

Undi

Ini paling wajib okay! Dah bertahun tengok drama, apa salahnya korang undi artis kesayangan korang yang gigih menghiburkan hati korang. Bukan senang nak menjiwai watak-watak lakonan. So, korang wajib undi jika korang mahukan drama dan artis kesayangan korang dinobatkan sebagai pemenang Anugerah DFKL. Tarikh undian bermula 1 Feb- 1 April 2018 dan boleh membuat undian di sini.

Masa untuk drama

Buat pengetahuan korang, DFKL masih lagi mengekalkan objektif utama iaitu mencari bakat baru dalam dunia seni. Para peserta berpeluang mengasah bakat dalam beberapa pertandingan yang dianjurkan dan menyertai bengkel yang menampilkan panel berpengalaman dalam industri tanah air untuk memberikan bimbingan.

Untuk DFKL pada tahun ini, ianya akan tampil dengan tema “#MasaUntukDrama”. Memang sesuai betul dengan kehidupan kita kan? Tak sah kalau tiada drama dalam kehidupan kita seharian! Cewahh..Memang rugi kalau tak join semua aktiviti yang diadakan! Untuk maklumat lanjut korang boleh terus ke laman web DFKL untuk dapatkan pelbagai info. Good Luck!

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×