berita

Bosan Makan Buah-Buahan Sebagai Pencuci Mulut? Apa Kata Anda Cuba Resepi Ini!

November 15th, 2017 | by Shafika | 0 comments
3.4K
reads
76
shares
Foodies

Menjamu selera tanpa pencuci mulut memang terasa seperti tidak lengkap. Kebiasaannya pasti kita akan teringin makanan manis selepas makan makanan utama. Kalau tidak ada sangat pun, sekurang kurangnya buah-buahan atau gula-gula untuk mengurangkan rasa keinginan manis itu. Betul tak?

Admin nak kongsi dengan anda resepi pencuci mulut yang senang untuk dibuat. Jimat masa dan tenaga! Yang penting anda tidak perlu lagi untuk membelinya di luar. Haa jimat duit tu!

Kek Keju

Siapa penggemar keju, pastilah kek keju menjadi kegemaran korang. Walaupun kebiasaanya kek ini lebih dicari ketika sambutan hari lahir, namun kini tidak lagi. Kek menjadi kegemaran ramai tak kira masa. Apa kata anda cuba buat sendiri untuk pencuci mulut anda. Pasti semua orang sukakannya!

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/cheese-cake

Cendol Manis

Memang sedap pekena cendol masa panas. Biasa nak minum cendol pasti pergi ke gerai bawah pokok, atau Restoran Mamak. Betul tak? Apa kata kali ini anda buat sendiri di rumah, senang dan mudah sahaja resepinya. Boleh dimakan seisi keluarga tau! Fuhh sedap.

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/cendol-manis

Kek Marble Coklat

Antara kek kegemaran semua terutama anak anak. Bukan sahaja budak kecil suka makan, yang dewasa pun memang sangat menggemari kek mudah ini. Tanpa krim masih sedap dimakan begitu sahaja. Memang sesuai dijadikan santapan pencuci mulut anda. Tidak terlalu berat untuk masuk ke dalam perut selepas menjamu selera.

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/kek-marble-coklat

Tat Buah Buahan

Bosan dengan pencuci mulut biasa. Apa kata anda cuba pencuci mulut ala ala buffet di hotel. Barulah rasa curlas sikit. Sebenarnya resepi ini agak mudah di buat walaupun ramai beranggapan ianya susah. Dengan rasanya yang sedap ditambah buah-buahan, pasti membuat anda makan tak cukup satu. Jom cuba!

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/tat-buah-buahan

Kek Batik Oreo

Rasanya kek batik ini bukanlah makanan yang baru. Boleh dikatakan semua orang tahu membuatnya dan suka makan. Tapi kali ini cuba anda variasikan kek batik ini dengan oreo. Serius memang gabungan yang menarik dan terpaling sedap!

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/kek-batik-oreo

Tiramisu Kek Gulung

Tak perlu susah susah berhabis wang untuk membeli sekeping tiramisu kek gulung ini. Apa kata anda cuba sendiri, jimat pun jimat. Tambahan boleh makan beramai-ramai tau. Memang sedap resepi ini, pasti tak cukup sikit nak makan. Comfirm boleh habis semua dalam masa satu saat!

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/tiramisu-kek-gulung

Sumber : Myresepi