berita

Bront Palarae Sudah Nikah, Minta Maaf Kerana Berahsia

September 3rd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2013-09-03 at 1.57.51 PM

Nampaknya majlis pernikahan pelakon popular, Bront Palarae benar-benar dirahsiakan sehinggakan hanya tajuk kecil tanpa gambar sahaja yang disiarkan di sebuah akhbar tempatan, Utusan.

Menerusi laporan akhbar tersebut, Bront telah selamat bernikah dengan sekali lafaz bersama seorang wanita yang juga kenalan lamanya pada hari Sabtu lepas (31 Ogos). Ini sekaligus menafikan segala gosip cintanya sebelum ini bersama beberapa orang selebriti. Namun, sehingga kini, identiti wanita yang telah menjadi isteri kepada pelakon ini masih dirahsiakan.

Laporan yang sama juga memberitahu majlis pernikahan Bront diadakan selepas waktu Asar di sebuah masjid yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail. Majlis yang dirahsiakan itu telah dihadiri oleh saudara terdekat Bront dan tidak ada rakan artis atau media yang dijemput oleh Bront.

Bront Sudah Nikah

Keratan akhbar dari Utusan mengenai majlis pernikahan Bront Palarae

“Saya minta maaf, majlis ini secara tertutup dan hanya dihadiri oleh saudara mara terdekat. Kalau boleh saya tidak mahu hebahkan perkara ini kerana banyak hati yang perlu untuk saya jaga terutamanya rakan rakan artis dan media. Sebab itu saya lakukan pernikahan ini secara tertutup,” ujar Bront dipetik dari Utusan.

Apa pun, tahniah diucapkan pada pelakon ini. Dan buat para peminat, masih tiada lagi foto pernikahan yang dapat kami siarkan. Kita tunggu bila tiba waktunya nanti ya!

SKIP THIS AD ×