berita

Bukan 1, Tapi 2 Video Lucah Kanye West Tersebar Di Internet!

September 25th, 2012 | by Ai
Hollywood

Penyanyi dan pengarah filem, Kanye West, 35 merupakan selebriti Hollywood yang tidak asing lagi dalam penyebaran video lucah. Menerusi laporan media antarabangsa TMZ, Kenny West sebelum ini dikatakan pernah melakukan video lucahnya lebih daripada sekali.

Terbaru, dua buah video lucahnya telah tersebar dan kini video tersebut sedang di beli oleh pihak ketiga dalam harga yang sangat tinggi. Disamping itu, sumber turut menyatakan bahawa kedua-dua pita tersebut masing-masing berdurasi dua puluh dan lebih empat puluh minit.

Berikutan penyebaran video tersebut, Kanye West telah mendapatkan khidmat peguam, Lisa M. Buckley bagi membicarakan kes ini. Menurut Kanye West, pita video lucahnya telah dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab menerusi komputer peribadinya.

Pada  masa yang sama, laporan media SFGate, turut melaporkan bahawa peguam West telah mengeluarkan surat rasmi bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang menerbitkan, mengiklankan dan memaparkan video tersebut kerana ia dianggap melanggar hak peribadi anak guamnya, Kanye West.

Secara umumnya, Kanye West kini difahamkan sedang menjalinkan hubungan dengan selebriti terkenal, Kim Kardashian. Menurut beberapa media lain, Kim turut dipersoalkan benarkah dia juga terlibat dalam pembikinan video lucahnya bersama Kanye West? Apa pun semuanya belum dapat dipastikan lagi.

SKIP THIS AD ×