berita

Bukan Kerana Drama Air Mata, Ini Sebab Alina Layak Ke Final Mentor Otai

April 26th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Selepas beberapa minggu bersaing di dalam Mentor Otai 2018, empat orang protoge iaitu Elvira, Azee, AJ dan Alina berjaya melayakkan diri ke konsert final yang bakal berlangsung pada Ahad, 29 April nanti.

Mengikut makluman awal, hanya tiga orang protoge sahaja yang akan dipilih ke konsert final namun para juri, penyokong dan pihak Mentor sendiri menyelamatkan Alina untuk terus bersaing di final. Keputusan tersebut bagaimanapun tidak dipersetujui oleh netizen yang beranggapan Lokman lebih layak berdasarkan persembahannya yang pada malam itu.

Ada yang beranggapan juri tetap, Edry Abdul Halim ‘pilih bulu’ dan tewas dengan ‘drama air mata’ Alina. Betul ke? Kami dapatkan penjelasan daripada pihak Mentor sendiri bagi menjelaskan mengapa Alina dipilih.

Markah Alina lebih tinggi

Netizen marah dengan keputusan Edry memilih Alina untuk mara ke final walaupun persembahan Alina teruk pada konsert semifinal tempoh hari. Mereka merasakan Lokman lebih menyerlah dan telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam persembahannya berbanding konsert sebelum ini.

Namun apa yang netizen tak tahu sebenarnya markah Alina pada malam itu lebih tinggi berbanding Lokman. Edry tak buat silap, keputusan dibuat berdasarkan markah tersebut. Tapi cara Edry mengumumkan penyingkiran Lokman, memuji Lokman berbanding Alina dan seterusnya memilih Alina untuk mara ke final membuatkan peminat Lokman kecewa serta meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial terutamanya Twitter.

Menurut pihak Mentor, cara Edry mengumumkan pemilihan Alina itu telah membuatkan peminat Lokman kecil hati. Edry memaklumkan persembahan Lokman lebih menyerlah berbanding Alina namun hakikatnya markah Alina pada malam itu jelas membuktikan dia lebih layak ke final.

Mahu balas kepercayaan

Foto: Media Hiburan

Sementara itu menerusi laporan Berita Harian, Alina tidak mahu masalah peribadi mengganggu langkahnya pada konsert final nanti. Umum mengetahui kisah Alina yang dihalau keluar dari rumah sewanya tempoh hari kerana pemilik rumah mahu mengambil rumah itu semula.

Masalah rumah sangat mengganggu hingga saya terbawa-bawa ketika membuat persediaan untuk bertanding. Selalu saya terfikir, jika ditakdirkan tersingkir, di mana saya akan tinggal?

Memang saya buntu apabila diminta keluar. Barang-barang saya masih ada di situ kerana saya menginap di hotel yang disediakan produksi. Saya tidak tahu lagi apa perancangan selepas program ini berakhir.

Alina bagaimanapun nekad mahu melakukan yang terbaik bagi membalas kepercayaan yang diberikan oleh Siti Sarah. Jangan lupa saksikan konsert akhir Mentor Otai pada Ahad, 29 April 2018 secara langsung di TV3 dan di portal video tonton. Siapakah yang bakal bergelar juara? Sama-sama kita nantikan!

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.

Most Read Today