berita

‘Bukan Mudah Untuk Melaksanakan Semua’ – Timbalan Perdana Menteri

August 16th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), bermacam-macam manifesto yang dijanjikan oleh parti yang bertanding bagi memenangi hati rakyat. Antara yang paling menarik perhatian ialah slogan 10 janji 100 hari daripada Pakatan Harapan. Antara 1o janji manifesto Pakatan Harapan adalah menghapuskan GST dan menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata kerajaan tidak perlu memohon maaf kepada rakyat sekiranya gagal menunaikan janji manifesto dalam 100 hari. Biarpun lambat, kerajaan akan berusaha juga untuk memastikan janji dilaksanakan.

Kami telah cuba sedaya upaya

Menurut laporan Metro, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan PH telah mencuca mencuba sedaya upaya. Malah, ada diantara janji manifesto telah ditunaikan termasuk meluluskan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dewan Rakyat dan pemberian insentif kepada suri rumah menerusi Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri).

Sekurang-kurangnya di kementerian, saya sudah buat i-Suri dan berjaya mempromosi serta menjalankan program itu. Bukan mudah melaksanakan semua kerana kita tidak ada cukup maklumat untuk menyelesaikan masalah. Saya bukan memberi alasan mengapa kami tidak mencapai sasaran tapi kami cuba dengan sedaya-upaya.

Bakal mencecah 100 hari

Hari Sabtu ini ialah hari ke-100 pentadbiran kerajaan PH melaksanakan manifesto yang pernah dibentangkan sebelum PRU14 dahulu. Bagaimanapun, pentadbiran kerajaan baru ini telah merealisasikan beberapa janji termasuk menghapuskan GST, menstabilkan harga petrol, melaksanakan penangguhan bayaran balik PTPTN buat pelajar dan mewujudkan i-Suri untuk para isteri.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×