berita

‘Tiada Istilah Saya Nak ‘Overshadow’ Pengantin’ – Dikritik Baju Sama Warna, Farah Nabilah Beri Penjelasan

November 22nd, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru baru ini kecoh di media sosial apabila Farah Nabilah dikatakan ‘overshadow’ Izara Aishah. Rata-rata netizen mempersoalkan warna baju Farah dan beranggapan ianya tidak sesuai kerana warnanya sama dengan pengantin.

Artikel Berkaitan : ‘Siapa Yang Kahwin?’- Netizen Keliru & Persoal Pakaian Farah Nabilah Dalam Foto Ini

Terbaru, menerusi Mstar Farah beri penjelasan mengenai kritikan itu. Dia sebagai pengapit mengaku baju itu bukan atas kehendaknya. Farah turut terkilan dengan tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya.

Kehendak Izara sendiri

Bukan saya yang minta atau sengaja nak warna baju sama dengan pengantin. Tapi ia adalah kehendak Izara sendiri

Dia nak nampak cantik, semua warna sama. Malah, bukan saya seorang sahaja pakai putih. Pengapit lelaki pun sama.

Foto yang dimuat turun Kilafairy itu mendapat pelbagai respon netizen. Rata-rata menganggap baju Farah tidak sesuai untuk dipakai sebagai pengapit pengantin. Namun, sebenarnya pakaian itu bukan kehendak Farah. Dia sebagai pengapit hanya mengikut apa disuruh pengantin.

Tiada istilah saya overshadow

Kalau lihat pelamin dan hiasan juga putih. Jadi, tidak ada istilah saya nak ‘overshadow’ pengantin

Farah turut memberitahu dia tidak rasa dia ‘overshadow’ kerana pelaminn dan hiasan juga putih. Selain itu, Farah turut berkata bahawa Izara yang mahu pengapit lelaki dan wanita memakai pakaian warna tersebut supaya kelihatan cantik dalam gambar.

Sumber : Mstar

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×