berita

Bumi Palestin Berdarah Lagi, Puluhan Rakyat Maut Ditembak

May 15th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Sehingga ke hari ini tanah Gaza tidak berhenti menerima serangan dari Israel. Rakyatnya masih tabah dan kuat dalam mempertahankan hak dan tanah mereka dari dirampas oleh Israel. Walaupun terpaksa berkorban nyawa dan tumpah darah sekali pun.

Semalam, beberapa kanak-kanak meninggal dunia akibat serangan dan menghirup gas pemedih mata semasa pertempuran di sempadan Israel-Gaza.

59 rakyat terbunuh

Menurut Kementerian Kesihatan Palestine, mengatakan seramai 59 rakyat Palestine terbunuh akibat tembakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata oleh tentera rejim. Manakala, seramai 2,400 orang yang cedera semalam.

Sehubungan itu, Palestine hari ini mengukir sejarah ‘malapetaka’ bagi memperingati lebih 700,000 orang melarikan diri dan dibuang dalam peperangan sejarah 1948 dalam pembentukan Israel suatu ketika dahulu. Walaubagaimanapun, Pegawai Kanan Hamas, Khalil Al-Hayya akan mengadakan protes di Gaza hari ini.

Will not prolong their silence over the crimes of the occupation. (Sayap bersenjata Hamas dan kumpulan militan tidak akan memanjangkan kekejaman ini ke atas penduduk Palestine)

Semalam, terdapat puluhan ribu rakyat berkumpul di sempadan Israel-Gaza sebagai tanda protes dan bantah perpindahan kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Baitulmaqdis. Perasmian pembukaan kedutaan itu dijangka berlangsung pada 9 malam nanti (waktu tempatan).

Terbunuh dalam kempen protes

Sejak 30 Mac lalu, dilaporkan 113 rakyat Palestine terbunuh dalam kempen protes di sempadan Gaza. Didakwa kesemua mangsa menerima tembakan dari askar bersenjata Israel semasa pertempuran. Namun, hanya seorang saja askar Israel dilaporkan terluka dalam pertempuran tersebut.

Bagaimanapun, ribuan penunjuk perasaan di Jordan, Turki dan Indonesia mengadakan protes membantah keputusan kontroversi Washington untuk memindahkan kedutaan mereka dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Sumber: thejournal.ie

SKIP THIS AD ×