Kalau bab fesyen sense ni semuanya bergantung kepada citarasa individu. Ada benda yang kita sangka tak sesuai, tapi bila orang lain start pakai nampak elok ja. Ini yang berlaku beberapa hari lalu bila seorang wanita Korea mengenakan sampin sebagai skirt. Cantik dan macam kena pulak cara dia gayakan tu.
Kejadian itu berlaku di Bazar Ramadan Mega 2017 di Hang Tuah Mall. Tindakan wanita berkenaan mengejutkan peniaga dan orang sekeliling apabila menggayakan sampin yang biasanya dipakai oleh kaum lelaki sebagai skirt. Siapa sangka sampin boleh jadi skirt.
Datang dua malam berturut-turut.
Menurut Harian Metro, individu yang memuatnaik foto terbabit Mohamed Asiff Mohamed Amiz menyatakan wanita itu datang bersama keluarganya malam Selasa lalu. Pada malam itu, wanita itu membelek setiap koleksi sampin yang ada. Mungkin tak dapat nak cuba sebab dia pakai skirt kembang malam tu.
Esok malamnya wanita itu datang semula ke bazar dan terus cuba sampin berwarna hitam perak. Menurut Asiff, mulanya gelagat wanita itu nampak pelik dan kelakar sebab nak pakai sampin sebagai skirt.
Apa yang mencuri perhatian kami adalah gelagat wanita terbabit yang memakai samping seolah-olah dia memakai skirt. Garu kepala juga melihat gelagat wanita Korea itu. Namun apabila melihat samping yang disarung ala skirt itu nampak sesuai, kami rasa kagum pula. Padanan sampin dengan bajunya, nampak sesuai. Mungkin itu juga tujuan dia membeli samping terbabit.
Kami cuba juga bertanya, namun wanita terbabit tidak fasih berbahasa Inggeris. Malah suaminya yang juga warga korea hanya menyebut perkataan ‘good’ sepanjang kami di sana.
Netizen kebanyakkan memerikan komen yang positif dan merasakan wanita itu kreatif dan berani mencuba. Walaupun hakikatnya mungkin dia tak tahu kegunaan sebenar sampin.
Siapa tau mungkin jadi trend di Korea.
Memang cantik pon tengok dia pakai. Kalau la rakyat Malaysia yang pakai mungkin kena kecam. Ehh. Tapi apa pun memang kreatif. Mana tahu nanti sampin akan jadi fesyen terbaru di luar negara. Peniaga kita juga yang untung kan.
Kredit : Asip’s Burger Bachang & Harian Metro