berita

Cantik Tak Bontot Saya – Sharifah Sakinah Lancar Baju Baru Dengan Tagline Keterlaluan?

March 24th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

sakinah

Rasanya anda pasti sudah kenal dengan pelakon yang tidak pernah lekang dengan kontroversi, Sharifah Sakinah yang kini sibuk dengan program fitness yang dikelolakan olehnya.

Walaupun selalu dikecam kerana sering menayangkan bentuk badan terutama bahagian perut dan punggung, nampaknya gadis ini langsung tidak mempedulikan tanggapan negatif masyarakat terhadapnya.

Artikel Berkaitan: Aktif Anjur Program Fitness, Sharifah Sakinah Akui Sudah Ramai Mula Ikut Jejaknya Tayang Perut

Terkini, Sakinah tampil dengan beberapa design t-shirt untuk programnya itu dengan tagline yang mencuri perhatian sepertiCantik Tak Bontot Saya’ dan juga ‘Joging Sampai Kentut’.

Baju SakinahTagline ‘Cantik Tak Bontot Saya’ yang mengundang kontroversi

Prihatin dengan perkara itu, terdapat segelintir peminat yang mengecam tagline tersebut kerana dirasakan tidak sesuai dipakai terutama bagi golongan wanita.

Ada juga yang menganggap ia menggalakkan orang memandang ke tempat yang tidak sepatutnya sekaligus mengundang kepada kejadian yang tidak baik seperti pencabulan.

Mungkin niat Sakinah hanya untuk menaikkan semangat dan membuatkan pengikutnya teruja untuk memiliki badan yang sihat dan mantap, namun, tagline yang digunakan dilihat sedikit keterlaluan.

Maklum sajalah, pemakaian juga mencerminkan sikap individu tersebut, jadi pemilihan pakaian itu penting supaya tidak menampakkan diri seseorang itu seperti tidak bermaruah.

Pada kami tidak salah untuk berfesyen dan berseronok, tetapi haruslah ada batasannya dan menjaga adab pemakaian terutama bagi golongan wanita. Jangan pula nanti, bila berlaku perkara yang tidak diingini, mulalah menuding jadi.

Walaubagaimanapun, melalui fitness Sakinah, ada juga beberapa design t-shirt lain yang lebih manis dan elok untuk dipakai. Mari lihat disini.

SKIP THIS AD ×