berita

Caras : Cemburu Dengan Bekas Kekasih, Artis Guna Sihir

January 21st, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Artis Cemburu

Itulah kata orang, kerana nafsu, hilang terus pegangan agama. Dari dulu lagi, kita sendiri sudah biasa mendengar cerita wanita disihir atau mungkin lelaki disihir. Sebab? Nafsu.

Baru-baru ini, kami mendapat panggilan dari seorang rakan wanita yang juga merupakan seorang wartawan sebuah rancangan hiburan tempatan. Menyangkakan ia hanya sekadar panggilan dari seorang teman, rupanya telah membongkar sedikit rahsia apabila dia mengaku bekas kekasihnya telah menggunakan sihir untuk mengganggu dirinya dan juga teman lelakinya.

Jelas rakan wanita ini lagi, dia dan bekas kekasihnya telah berpisah lama dan kini, dia sudah pun mempunyai teman lelaki yang baru. Namun disebabkan bekas kekasihnya cemburu dan tidak senang melihat kebahagiaan orang lain, berlaku pelbagai perkara pelik pada rakan wanita kami ini dan juga kekasihnya,

“Sejak akhir-akhir ini, kami selalu bergaduh secara tiba-tiba dan tanpa sebab. Macam ada saja sesuatu yang tak kena. Rakan-rakan yang rapat dengan saya pun dapat melihat perubahan pada teman lelaki saya. Dia selalu termenung dan emosi secara tiba-tiba,” luah rakan wanita kami ini.

Menyedari ada sesuatu yang tak kena, rakan wanita ini kemudian mengambil keputusan untuk bertemu dengan 2 orang pakar berlainan mengenai ‘benda’ halus demi mencari sebab sebenar. Selepas ditemui, kedua-dua pakar yang ditemui telah merujuk pada individu yang sama, iaitu bekas kekasihnya.

Menurut apa yang diberitahu oleh pakar ‘benda’ halus kepada rakan wanita kami ini, bekas kekasihnya sebenarnya tidak berpuas hati dengan teman lelaki baru rakan wanita kami ini. Tak berhenti disitu, rakan wanita kami dan kekasihnya telah pun berubat selepas pertama kali diganggu, namun bekas kekasihnya menghantar buat kali kedua pula kerana sakit hati.

Apa yang lebih mengejutkan ialah, bekas kekasih rakan wanita kami ini adalah seorang artis yang sedang meningkat naik melalui sebuah program realiti mencari bakat oleh sebuah stesyen televisyen tempatan. Baru meningkat naik, sudah mula melakukan perkara yang salah di sisi agama. Jika benar cerita ini, maka sedarlah sebelum terlambat wahai ‘bekas’.

SKIP THIS AD ×