berita

Cerai 2 Bulan Kemudian – Ini Bukti Joy Revfa Masih Isteri Orang Ketika Nikah?

August 22nd, 2017 | by Arini Saleh | 14 comments
88.8K
reads
10.4K
shares
Isu & Kontroversi

Setelah beberapa minggu kontroversi rumahtangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa menjadi bualan. Semalam pasangan ini telah memfailkan permohonan bubar nikah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari atas alasan pernikahan mereka diragui suami.

Artikel berkaitan : [VIDEO] ‘Nikah Ini Benar-Benar Sah’ – Didakwa Tipu Suami, Ini Penjelasan Joy Revfa

Ada dakwaan mengatakan pernikahan mereka tidak sah kerana Joy masih berstatus isteri orang sewaktu bernikah dengan Hafiz Hamidun. Dakwaan ini dikuatkan lagi apabila surat cerai Joy tersebar.

Cerai selepas 2 bulan nikah dengan Hafiz

Berdasarkan dokumen mahkamah yang dilihat, ada dakwaan mengatakan status Joy Revfa sebagai isteri orang masih lagi sah ketika berkahwin dengan Hafiz Hamidun pada 1 Mei lalu. Dokumen itu turut mengesahkan bahawa perceraian antara Joy dan suami terdahulu, Mohd Rayos Abdul Rahim dengan talak satu hanya berlaku pada 13 Julai 2017.

Joy dikatakan telah hadir sendiri ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling pada 8 Ogos lalu dan mengemukakan Surat Akuan Cerai Taklik dari Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand. Malah ada dakwaan mengatakan Joy hanya membuat aduan taklik kepada Pejabat Agama Islam Wilayah Songkhla penghujung Mei iaitu hampir sebulan selepas bernikah dengan Hafiz Hamidun.

Pejabat Agama Wilayah Songkhla kemudian mengeluarkan satu surat mengenai aduan taklik Siti Arifah terhadap Mohd Rayos bertarikh 1 Jun 2017 bagi mengadakan sesi pertemuan sebulan kemudian iaitu pada 6 Julai 2017.

Oleh kerana meragui status pernikahan mereka Hafiz Hamidun dikatakan bertindak tinggal berasingan bagi mengelak sebarang kesulitan.

sumber : Rotikaya , My Nation News Malaysia

14 Comments

  1. Red Romeo says:

    respect dengan tindakan hafiz ni.

  2. Bijak 2x says:

    Bodohlah.. Dari segi hukum dah sah bercerai, joy and ex sejak 2015..cuma tak dokumentasikan kat Malaysia je sebab dia dulu kawen kat luar negara. Cuma dari segi undang, dokumentasi tak lengkap..

    • bijak 3x says:

      bodohla kau..cakap pakai mulut mana bole terima kena ada saksi yg mengesahkan yg bini dia btol2 bcerai. respek kat hafiz pasal tak ambil mudah hal sah/tak sah kawin. tarik balik respek pasal dah tau selepas 6 hari kawin tak sah pasal apa buat bini dia mcm org bodoh

  3. Terlalu bijak says:

    bukan ke..kalau dh penah kawin..and then nk kwin blik kena ada salinan surat penceraian…mcm mna diorg boleh kwin…confuse aku..ape2 pun aku respect hafiz….

    • hmmmmmm says:

      kan… mesti ada surat cerai semasa nak mohon utk kawen kali kedua tu..
      pelik… camne dorang boleh bagi kebenaran sedangkan surat cerai takde..

      nasib baik lah hafiz cepat bertindak.. isshhh.. kalu tak.. ishhh

  4. Kejalanyangbenar says:

    Kemungkinan si bini hafiz tu dya xsah kan dkt pjabat agama malaysia.. Sbb tu pjabat agama malaysia xboleh detect yg si wife dy pnah kawen.. Kecuali wife dy pnah sah kan perkhwinan trdahulu dkt pjbat agama malaysia baru diorg boleh tau…

    • Looo…100% madih isteri org sebab belum habis edah ..masih boleh rujuk hanya dengan sebut membatalkan lafas cerai terdahulu di hadapan puhak yg berwajib sahaja.nacam mana pejabat agama dan tok kadi boleh buat majlis akad nikah…

  5. roy says:

    Dah tau tk nampak lagi surat cerai tu, why la nikah in de first place. bodoh je jantan nih.

    • Tak semua manusia sempurna says:

      jangan cakap sesuka hati je. kau tak boleh salahkan hafiz je. tengok lah video statement hafiz. mungkin hafiz dah cuba sedaya upaya settle before nikah tapi si joy yang macam macam alasan. nak taknak kena teruskan jugak majlis. apa family cakap nanti? media lagi? lagi pon pihak jabatan agama dah bagi lepas apa lagi hafiz nak buat? dia bukan ada pengalaman dalam benda macam ni. dia pon teruskan jelah dah mereka luluskan. yang kau patot salahkan bekas suami dia. dah pandai nak cerai tapi tak pandai settle betol betol. 2015 kot dah lama sangat. benda patot dah boleh settle lama dah. joy pon sama ambil tak kesah je benda camni. bila time dah nak kahwin dgn org lain baru gelabah nak uruskan. sekarang ni hafiz jugak yang kena padahal mereka yang bermasalah.

  6. Peminat biasa says:

    dh takdir hafiz…apa pun respek lh kat hafiz ni….

  7. nur says:

    kalau diikutkan kenyataan…

    sebenarnya kedua2nya yg tidak berhati2 dalam membuat tindakan sebelum membina masjid….

    1. hafiz- kalau dari awal lg tahu yg joy masih belum ada dokumen yg sah lg,sepatutnya jgn diteruskan penikahan.tggu dan sabar sehingga sahih.orang ckap,kalau ada jodoh,die tetap akan datang kan?xde istilah takut kena rembat….

    2, joy – lg satu,die tahu yg pekahwinan dan penceraian masih tak didaftarkan lagi,kenapa masih lg nk meneruskan pkahwinan.ini kesannya,menjadi buah mulut dan fitnah…anak yg menjadi mangsa…

    satu lgi,kalau ada unsur2 ugutan,jgnla tburu2…sebab tu orang ckap,sabar…dapat ganjarannya kemudian hari….