berita

Ceritaku, Himpunkan Kisah Menyayat Hati

August 12th, 2013 | by Ai
Kini Trending

abil-fauziah-sekarang

Setiap individu pasti mempunyai kisah serta pengalaman tersendiri dalam menghadapi liku-liku kehidupan, sama ada ianya manis mahupun pahit.

Dengan itu, sempena Hari Raya Aidilfitri ini, pihak TV3 bakal menyajikan sebuah program khas berjudul Ceritaku, di mana ianya bakal menceritakan tentang kenangan pahit serta peristiwa yang pernah dihadapi oleh beberapa individu terpilih.

Salah satu cerita yang bakal dikongsikan bersama penonton adalah Cinta Abadi Hujung Nyawa.

Kisah ini bakal menceritakan tentang kehidupan seorang suami, Abil yang begitu setia menjaga isteri tercinta, Fauziah.

Fauziah disahkan koma selepas otaknya tidak berfungsi akibat serangan asma yang teruk dan sejak insiden tersebut, Abil telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga isteri sepenuh masa.

Banyak dugaan yang dilalui oleh Abil sepanjang menjaga isteri tercinta, sehinggalah Fauziah pergi menghadap Ilahi selepas dua tahun menderita sakit tersebut.

Ceritaku, Cinanag

Keratan akhbar kes Cinang

Dalam pada itu, program ini turut memaparkan sebuah lagi cerita menyayat hati berjudul Kanak-Kanak Mangsa Rogol Bunuh.

Peristiwa ini menceritakan tentang luahan hati sepasang suami isteri yang kehilangan anak perempuan mereka, Cinang atau nama sebenarnya Nur Amyliana yang menjadi mangsa rogol serta bunuh individu yang tidak bertanggungjawab.

Insiden ini berlaku sewaktu keluarga Kak Ani baru sahaja berpindah dari Pahang dan pada suatu hari, Cinang dikatakan telah dibawa lari oleh sebuah van yang tidak dikenali.

Sewaktu dijumpai oleh pihak berkuasa, tubuh Cinang disahkan sudah tidak bernyawa dan hasil siasatan mendapati kanak-kanak malang tersebut telah dirogol sebelum dibunuh.

Sehingga kini keluarga Kak Ani masih lagi tidak dapat melupakan peristiwa hitam itu dan lebih memilukan apabila si pembunuh masih belum ditemui.

Ingin tahu lebih lanjut apakah peristiwa-peritiwa lain yang bakal dikongsikan menerusi program khas Aidilfitri Ceritaku, jangan ketinggalan untuk menyaksikan program ini pada Hari Raya kesepuluh dan kesebelas nanti, tepat jam 7.30 petang.

SKIP THIS AD ×