berita

Che Ta & Zain Pilih 11.12.13 Tarikh Nikah

November 25th, 2013 | by Ai
Kini Trending

PC Zain Saidin & Rozita Che Wan-8

Sejak beberapa bulan lepas, pasangan selebriti ini dilihat sering berteka-teki dengan peminat dan media mengenai tarikh sebenar majlis perkahwinan mereka.

Setelah kedua-duanya berbincang, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan dan bakal suami, Zain Saidin akhirnya menamatkan spekulasi dengan mengumumkan majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung pada 11 Disember 2013.

Majlis akad nikah tersebut akan diadakan di Gazebo Setia City Convention Center selepas solat Maghrib sekitar jam 7.30 malam.

Sementara itu, majlis persandingan pula akan diadakan pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Setia City Convention Center, Setia Alam, jam 8 malam.

Bagi memberi kemudahan untuk peminat melihat perjalanan penyatuan dua jiwa ini, Astro Ria telah bertindak sebagai penyiar rasmi untuk majlis merisik, akad nikah dan persandingan.

PC Zain Saidin & Rozita Che Wan-9-01

Untuk pengetahuan anda juga, Che Ta menerima tajaan barang kemas berjumlah RM10 juta daripada Habib Jewel untuk ketiga-tiga majlis di atas.

Sekadar rekod, Zain akan memberikan wang hantaran berjumlah RM23,200, mas kahwin RM9,300 dan sebentuk cincin berharga RM93,000 kepada Che Ta.

Jumlah mas kahwin dan cincin merupakan simbolik tarikh lahir Che Ta dan ulang tahun Zain mewakili jumlah wang hantaran mereka.

Selain daripada itu, pasangan sama cantik sama padan ini akan menggayakan beberapa persalinan tajaan daripada pereka terkenal seperti Rizman Ruzaini Creation, Qudyn Kuala Lumpur, Man Kajang, Bianco Mirmosa, Taufik & Taylor dan Fairuz Ramdan. Manakala Jakel pula akan menaja kain bagi persalinan majlis akad nikah.

SKIP THIS AD ×