berita

Cikgu Dah Jumpa Handphone, Boleh Saya Nak Nyawa Anak Balik?- Luahan Sayu Ibu Murid Bunuh Diri

February 2nd, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Telefon bimbit merupakan satu benda paling penting bagi setiap orang, tambahan lagi bila kita hidup di zaman yang serba canggih. Tetapi gadget itu juga membuatkan orang ramai leka sehingga kita tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling kita.

Terbaru, kes bunuh diri seorang pelajar di Pulau Pinang telah jadi buah mulut orang ramai. Ini kerana mangsa tertekan kerana didakwa mencuri telefon bimbit seorang guru. Lihat luahan serta keluhan dari ibu mangsa. Sedihnya..

‘Boleh ke saya nak nyawa anak saya semula?’

Kes tragik itu telah mendapat liputan akhbar tempatan dan sosial media di mana orang ramai tidak setuju dengan cara guru tersebut menghukum pelajar itu tanpa bukti yang kukuh. Lebih malang sehingga melibatkan nyawa seseorang.

Sementara itu Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata pihak sekolah serta guru seharusnya mematuhi prosedur dalam mengendalikan kes berkaitan masalah disiplin di sekolah.

Saya harap sesuatu dapat dilakukan, saya percaya Kementerian Pendidikan mempunyai garis panduan tertentu dan pihak sekolah sepatutnya mematuhi prosedur terbabit. Perkara ini tidak seharusnya berlaku dan boleh dielak.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad, pihak polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan berhubung kejadian tersebut.

Kita dimaklumkan pelajar berkenaan dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) oleh keluarganya pada 24 Januari lalu sebelum dipindahkan ke HSJ bagi rawatan lanjut.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan meninggal dunia hari ini dan siasatan dibuat sebaik menerima maklumat dari pihak hospital.

Sumber: Berita Harian, Twitter @fikriwiki

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×