berita

Cinta Penyelam British & Jurubahasa Thailand Berputik Dalam Operasi Selamatkan ‘Wild Boar’

July 16th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Selepas misi menyelamatkan 13 remaja pemain bola sepak ‘Wild Boar’ yang terperangkap dalam Gua Tham Luang berjaya, terbongkar pula kisah percintaan antara penyelam gua British bersama seorang jururawat Thailand.

Pertemuan ini bermula ketika jururawat Thailand, Siripon Bugnngern bercuti di England dan bertemu dengan penyelam British, Rick Stanton pada awal tahun ini. Secara kebetulan, mereka sekali lagi bertemu dalam misi menyelamatkan 13 mangsa terperangkap itu.

Dia sebagai jurubahasa

Sirporn Bungngern berkemeja corak petak dan Rick Stanton ditengah memakai helmet warna biru

Menurut Daily Mail, Sirporn Bungngern atau dikenali Amp membantu misi ini sebagai juru bahasa perantaran Thai-British. Ini lebih memudahkan kaedah komunikasi antara penyelam British dan Thailand. Mereka menjadi semakin rapat dan Amp sendiri tidak terkejut jika mereka berkahwin dalam masa terdekat ini. Dia juga mengambil bahagian dalam operasi ini dan bermalam bersama sukarelawan yang lain bagi membantu misi tersebut.

Beza 20 tahun

Amp mengikuti kursus dalam kejururawatan di Australia sebelum mengambil peluang untuk bercuti di England. Mereka juga tidak sangka akan bertemu semula di Chiang Rai dalam operasi tersebut. Perbezaan umur mereka adalah lebih 20 tahun.

Dapat ganjaran besar dari Thailand

Rick Stanton (kiri) manakala John Volanthen (tengah)

Rick Stanton bersama penyelam John Volanthen antara individu yang berjaya menemui keberadaan mangsa di dalam gua tersebut. Kerajaan Thailand turut menghadiahkan 500,000 baht dan dibenarkan tinggal di Thailand selama 5 tahun beserta beberapa faedah lain lagi sebagai ganjaran menyelamatkan ‘Wild Boar’.

Foto Rick dan Amp

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×