berita

Classic Friday : “Janji Manismu” Oleh Aishah

January 11th, 2013 | by Ai
Kini Trending

AishahOHBULAN! tahu, mungkin anda semua masih tertanya-tanya apakah maksud dengan tajuk diatas, kan?

Untuk 2013, sebuah segmen terbaru iaitu ‘Classic Friday’ akan diwujudkan bagi mengimbau kembali kenangan lagu-lagu lama yang popular. Dengan munculnya banyak lagu baru setiap tahun seperti cendawan, kebanyakan pendengar muzik generasi baru sudah melupakan karya-karya emas yang tak lapuk dimakan zaman.

Jadi, segmen ini dapat menjadi medium agar generasi baru tidak lupa dan akan terus mendengar hasil-hasil seni serta pelbagai jenis genre muzik dan lagu-lagu lama yang pernah popular dan mengangkat nama-nama artis dari seluruh dunia.

Untuk edisi pertama, seiring dengan demam Anugerah Juara Lagu yang telah berlangsung baru-baru ini, OHBULAN! telah memilih Aishah dengan lagunya yang berjudul “Janji Manismu”. Lagu ini yang telah dicipta oleh Adam Ahmad dan juga lirik oleh Aishah sendiri telah berjaya merangkul trofi “Juara Lagu” (AJL 1990) mengalahkan dua pesaing hebat iaitu kumpulan Iklim – “Suci Dalam Debu” (tempat kedua) dan kumpulan Wings – “Sejati” (tempat ketiga).

Tak cukup disitu, Aishah juga turut merangkul tempat kedua bagi anugerah “Persembahan Terbaik” (AJL 1990). Sehingga kini, lagu ini masih menjadi lagu wajib di pusat-pusat karaoke tempatan.

Anda tidak pernah dengar? Mari layan lagu “Janji Manismu” oleh Aishah selepas ini.

Ouh ya, jika anda ada sebarang cadangan lagu, cuma komen dan OHBULAN! akan pilih jika sesuai untuk segmen “Classic Friday” minggu seterusnya.

SKIP THIS AD ×