berita

CNBlue Turun Malaysia Ogos Ini Untuk Konsert “Can’t Stop”!

May 15th, 2014 | by Ai
Kini Trending

cnblue

Siapa disini peminat K-Pop terutama kumpulan CNBlue yang terdiri daripada empat jejaka kacak iaitu Jung Yong-hwa, Lee Jong-hyun, Lee Jung Shin dan Kang Min-hyuk?

Jika ya, kami ada berita baik buat anda. Nampaknya, peminat-peminat kumpulan ini bakal tak tidur malam kerana CNBlue akan mengadakan konsert di Malaysia tahun ini!

Bersempena dengan kelahiran album mini ke-5 mereka yang berjudul ‘Can’t Stop’ jejaka kacak ini bakal mengubati kerinduan peminat dengan mengadakan konsert pada 9 Ogos bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur.

CNBLUE

Kepada peminat yang pastinya sudah tidak sabar menantikan kemunculan jejaka-jejaka kacak ini, tiket dijual dengan harga sekitar RM188 hingga RM588.

Teruja kan? Lagi satu, jom ikut kami beramai-ramai ke Sungei Wang Plaza pada Sabtu ini (17 mei 2014) jam 5 hingga 7 petang ke majlis pelancaran tiket mereka.

Jika anda bernasib baik, anda bakal mendapat poster CNBlue eksklusif, tetapi terhad kepada 1000 peminat dan pembeli terawal yang mendapatkan tiket tersebut.

SEAT-PLAN_CNBLUE

Bagi anda yang tak sempat hadir ke pelancaran tiket, jangan risau kerana anda boleh membeli tiket secara atas talian dengan melayari laman web TicketCharge bermula pada 17 Mei bermul jam 10 malam atau hubungi talian Ticket Charge di (603)92228811 ataupun talian IME Productions (011)23166198.

Untuk maklumat lanjut, sila layari IME Productions official Facebook atau Facebook rasmi CNBlue.

SKIP THIS AD ×