Pasangan suami isteri ini ditimpa dugaan besar dalam hidup apabila insan bernama Nurliyana menghadapi penyakit Teroid iaitu satu kelenjar di bahagian depan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Nurliyana dan suami, Taufiq juga sering muncul di kaca televisyen untuk berkongsi mengenai penyakit kronik dialami.
Apa membuatkan orang ramai terharu adalah Taufiq sanggup menjaga isterinya yang sakit dan jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Pastinya banyak pengorbanan telah dilakukan oleh Taufiq demi ingin melihat isterinya sembuh. Sifat yang ada pada Taufiq ini juga membuktikan bahawa bukan semua lelaki ‘tidak berguna’.
Lelaki ini contoh suami terbaik
Tweet lelaki bernama Ayim ini telah mendapat lebih 21k Retweet dimana dia menjadikan suami Nurliyana sebagai lelaki/suami yang boleh dijadikan contoh kepada orang ramai disana terutama sekali pada kaum lelaki. Sifat yang ada pada Taufiq juga membuktikan masih wujud lagi lelaki berhati mulia dan sanggup senang serta susah bersama walau dalam apa jua keadaan.
Bukti tidak semua lelaki jenis ‘tak berguna’
Tahu mengenai penyakit sebelum berkahwin, tetapi sedia menerima & ingin menjaganya
Pengorbanan si suami buat si isteri yang tiada nilai.
Ya allah,moga diberikan kesihatan yang panjang buat isteri beliau? pic.twitter.com/hvPSgLM4P5
— Ayim (@khairunnaim5) April 15, 2018
Apakah penyakit yang dialami Nurliyana?
Sumber: Twitter Ayim