berita

Cristiano Ronaldo Lelong Kasut Emas 1.4 Juta Euro Demi Gaza?

November 20th, 2012 | by M
Hollywood

Konflik Israel – Palestin yang berlangsung di Tebing Gaza menarik perhatian pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo sehingga dia sanggup melelongkan anugerah paling bermakna untuk kareer bola sepak, iaitu Kasut Emas dengan harga mencecah 1.4 juta Euro atau RM 5.5 juta.

Bekas pemain Manchester United yang kini bersama pasukan Real Madrid ini berhasrat menggunakan wang hasil lelongan untuk membantu Palestin membina beberapa buah sekolah yang hancur dibom rejim Zionis Israel.

Anugerah Kasut Emas diterima oleh Cristiano Ronaldo pada tahun 2011 setelah dia berjaya menjadi penjaring gol terbanyak untuk La Liga dengan jumlah sebanyak 40 gol.

Bagaimanapun, berita ini masih belum dapat disahihkan kerana tiada sebarang laporan daripada agensi dan media antarabangsa semasa artikel ini ditulis.

Dalam laporan berlainan, penyanyi Faizal Tahir yang tersentuh dengan kesengsaraan penduduk Palestin mengumumkan untuk melelongkan kesemua trofi yang pernah dirangkulnya di laman Twitter, sebentar tadi. – Rotikaya

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×