berita

Cara Untuk Kekal Sihat Tanpa Perlu Berlapar. Yang Last Tu Serius Fun!

July 17th, 2018 | by Epul
Kini Trending

 

Bulan Syawal baru saja melabuhkan tirai. Korang macam mana? Berat badan ada pertambahan ketara tak?

Dengan jemputan rumah terbuka yang berderet-deret. Sajian tradisi seperti lemang, ketupat dan rendang yang disaji, mesti tak boleh tolak kan?

Tu belum kira lagi kuih-muih yang menjadi pembuka selera. So, sebelum berat badan korang hilang daripada track.

Jom ikuti tips mudah untuk kekalkan berat badan ideal.

Jangan skip sarapan pagi!

Korang tahu tak sarapan pagi adalah hidangan paling penting yang korang kena ambil setiap hari? Sarapan pagi membekalkan 25 peratus tenaga untuk korang tau!

So, kalau ambil sarapan barulah korang lebih bertenaga apabila berada di pejabat atau di dalam kelas. Takdelah asyik tersenguk-senguk je.

Sarapan ni penting untuk pastikan korang tak makan secara berlebihan waktu lunch. Yelah, kalau perut korang kosong daripada pagi, mesti korang lapar kan? Nanti korang tak sedar pula terlebih consume masa lunch.

Banyakkan minum air kosong

Ya air kosong. Bukan teh tarik bukan teh ‘O’ panas. Inilah air yang korang wajib minum setiap hari. Korang tau tak? Bagi individu normal, jumlah air yang perlu diminum ialah 1 liter bagi setiap 25 kg berat korang.  Korang kiralah berat badan korang pastu bahagi dengan 25. Dapatlah jumlah air yang korang kena consume setiap hari.

Bagi korang yang ambil supplement pula, jumlah air yang korang perlukan ialah 3 liter sehari,. Ini untuk memastikan kepekatan darah korang dalam keadaan yang seimbang.

Tambahan lagi, air sangat diperlukan untuk meningkatkan metabolisma badan, menyingkirkan toksik dan meningkatkan proses penyerapan vitamin.

Banyak sangat minum air sampai kembung perut? Jangan risau, bukanlah minum sekali teguk 3 liter.

Minumlah sikit- sikit dan paling sesuai sediakan bekas minuman supaya korang  dapat mengukur kuantiti air yang korang ambil setiap hari.

Jangan makan karbohidrat di waktu malam

Karbohidrat penting untuk bekalkan tenaga kat korang. Tapi, pengambilan haruslah mengikut sukatan yang betul dan tidak berlebihan.

Untuk korang yang nak turunkan berat badan tu, pengambilan karbohidrat pada waktu malam haruslah dielakkan. Ini kerana karbohidrat antara makanan yang perlukan masa agak lama untuk dicerna.

Antara yang korang kena elakkan pada waktu malam ialah pasta, ais krim, piza dan dark chocolate.

Ambil makanan yang tinggi serat

Kalau cakap pasal makanan berserat. Korang jangan bayangkan sayur je. Banyak lagi makanan berserat yang lain. Contohnya, makanan daripada kumpulan buah-buahan dan kekacang.

Serat ni cukup penting pada tubuh badan korang kerana dapat cegah sembelit, menjaga kadar gula dalam darah agar kekal stabil, menurunkan risiko obesiti, bantu turunkan berat badan serta menurunkan kadar kolestrol.

Hmm.. Nampak tak bertapa pentingnya serat ni untuk sistem penghadaman korang? So, jangan lupa consume serat secukupnya ya.

Banyakkan pergerakan!

Jaga makan tapi kalau malas bersenam pon tak guna juga tau. Pastikan korang bersenam sekurang-kurangnya 10 minit, 3 sesi setiap minggu.  Barulah korang senang nak kurus!

Ini kalau asyik terbaring atas katil sambil main phone memangla susah kurus. Korang boleh je cuba buat senaman ringkas kat rumah or dekat office.

Tak pon korang boleh la pergi berjogging dekat taman pada waktu petang atau hujung minggu.

Haa kalau korang nak yang lebih fun apa kata korang sertai Coway Run-Beat The Heat.

Coway Run-Beat The Heat!

Sementara azam korang untuk menguruskan badan masih tinggi. Apa kata korang join Coway Run ni! Nak tau apa istimewanya Coway Run kali ni? Haa.. Ni kami share sikit.

Coway Run-Beat The Heat tampil dengan konsep larian paling sejuk di Kuala Lumpur. Hmm.. Selama ni, kalau korang dengar pasal larian je mesti korang bayangkan panas kan? Tapi Coway Run ni lain sikit. Kalau korang nak tau, sebab temanya “Beat the Heat”.

Larian ini akan melalui terowong angin dan percikan air akan dipasang sepanjang trek perlumbaan untuk menyejukkan pelari. Pelari juga akan melalui terowong kabus yang pasti menambahkan keterujaan korang.

Ni details Coway Run 2018- Heat The Beat:

Tempat: MAEPS, Serdang

Tarikh: 7 Oktober 2018

Kategori: 5 KM & 10 KM

Kalau korang berminat korang boleh mendaftarkan diri kat sini.

Harga tiket & tarikh jualan

JENIS TIKET HARGA (5KM) HARGA (10KM) TARIKH MULA JUALAN TARIKH JUALAN BERAKHIR
AM RM 55 RM 60 19HB JULAI 19HB OGOS
KEMASUKAN TERAKHIR RM 65 RM 75 20HB OGOS 21HB SEPT

Butiran kategori untuk larian 10KM

Kategori Syarat Kelayakan
Lelaki Terbuka 16 – 39 tahun
Lelaki Veteran 40 tahun dan ke atas
Lelaki Terbuka  (Antarabangsa) 16 tahun dan ke atas (Bukan Warganegara)
Wanita Terbuka 16 – 39 tahun
Wanita Veteran 40 tahun dan ke atas
Wanita Terbuka (Antarabangsa) 16 tahun dan ke atas (Bukan Warganegara)

Teka masa untuk “Ice-Block” cair!

Sempena Coway Run 2018- Beat The Heat ni juga, Coway akan mengaktifkan larian dengan menganjurkan pra-pelancaran pertandingan “Ice Block” untuk menggalakkan peserta mendaftar Coway Run.

Ice block pelbagai saiz akan diletakkan di sekitar ibu kota setiap 1 minggu. Kiub ais ni dalamnya ada macam-macam hadiah okay! So, korang bolehlah teka masa yang diambil untuk ais itu cair. Proses pencairannya akan dipaparkan di laman web Coway Run. 

Kiub ais ni disediakan dalam pelbagai saiz. Blok ais terakhir yang besar yang akan diletakkan di MAEPS, Serdang. Untuk info lanjut, korang boleh rujuk di cowayrun.com.my

Cabaran “Ice Block” ini akan bermula pada 28 Julai 2018. Jangan lepaskan peluang kalau nak menang hadiah best tau!

“Happy Water Project” !!

Untuk pengetahuan korang juga, larian yang dianjurkan Coway merupakan satu tanggungjawab sosial kepada badan kebajikan.  Dengan setiap pendaftaran lengkap, RM10 akan diberikan kepada “Happy Water Project” yang merupakan salah satu aktiviti CSR oleh Coway.

Projek Happy Water ini dicipta untuk membekalkan air bersih dan tulen kepada komuniti Orang Asli yang memerlukan.

So, korang tunggu apa lagi, jom daftarkan diri untuk menyertai Coway Run 2018- Heat The Beat melalui pautan ni; cowayrun.eventbrite.sg  . See you there!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×