berita

Da’i Wan Kongsi Tips Ringkas Projek Memikat Hati Bakal Mertua

March 8th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Memikat hati bakal ibu dan ayah mertua bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih memeningkan jika pasangan anda itu merupakan anak sulung atau anak tunggal. Menjadi orang baru di dalam sebuah institusi keluarga memerlukan anda untuk bersedia dan mempelajari rentak keluarga tersebut.

Disini, Da’i Wan Dazrin berkongsi beberapa tips untuk anda ‘mencuri’ hati bakal mertua. Ingat, anda bukan saja berkahwin dengan anaknya, malah, anda juga berkahwin dengan keluarga bakal isteri nanti.

Tips tawan bakal mertua

Da’i Wan Dazrin berkongsi beberapa tips berguna buat anda memikat hati bakal mertua. Ikuti kisah pengalaman dia semasa kali pertama berjumpa bakal mertua.

Buah tangan

Dia juga berkongsi pengalaman pertama sewaktu menziarahi bakal mertua di Kedah. Semasa kunjungan, dia turut menghulurkan buah tangan sebagai tanda penghargaan.

Mood ceria

Tips yang paling penting adalah hadir dengan mood diwajah anda dengan ceria apabila berdepan dengan bakal mertua. Secara automatis, kita juga dapat menawan hati bakal isteri juga. Maka, beringatlah bahawa kita turut mengahwini seluruh keluarganya. Sebagaimana kita menjaga hati ibu dan ayah kandung, maka, begitu juga hati bakal mertua yang perlu kita sayangi.

Credit: Da’i Wan Dazrin

SKIP THIS AD ×