Video viral seorang wanita memukul suaminya yang curang dengan kawan baiknya sendiri telah mendapat perhatian rakyat seluruh Malaysia. Kita boleh lihat banyak komen-komen netizen di laman sosial ‘menyokong’ perbuatan memukul lelaki curang berkenaan kerana merasakan perbuatannya amat kejam terhadap isterinya.
Artikel berkaitan: Viral Video Isteri Pukul Suami Curang Dengan Kawan Baik Sendiri, Ini Antara Versi Cerita Yang Kami Baca
Tapi, there’s always going to be another side of story. Keluarga wanita yang dipukul dan dibogelkan dalam video tersebut, (kawan baik Nadia Nordin) tampil membuat laporan polis kerana difahamkan, kejadian itu berlaku akibat salah faham apabila mangsa dituduh menjalin hubungan cinta dengan suami Nadia. Apa cerita sebenarnya ni?
Ibu Mangsa Sedih Anak Dipukul!
(Keluarga mangsa menunjukkan gambar kecederaan mangsa serta laporan polis yang dibuat)
Memetik laporan yang disiarkan dalam portal akhbar tempatan, dalam video berkenaan, mangsa dipukul menggunakan dua botol kaca minuman oleh seorang wanita warga Thailand, dipercayai diupah wanita dikenali sebagai Nadia yang membuat rakaman itu.
Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Ani, 50-an, berkata dia mengetahui kejadian menimpa anaknya Sabtu lalu, selepas dimaklumkan anak keduanya yang tinggal di Kuala Lumpur.
“Akibat kejadian itu anak saya cedera di badan, kepala dan menerima lapan jahitan di dahi. Sebagai ibu, saya sedih dengan kejadian itu kerana mengaibkan anak saya tanpa belas kasihan.
“Anak saya tidak pernah menjalin hubungan cinta dengan suami orang dan sudah membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian Sabtu lalu.”
Anak Jadi Mangsa Aniaya Kerana Cemburu!
Menurut Ani lagi, anaknya menjadi mangsa aniaya kerana cemburu. Pada hari Selasa lalu, anaknya itu keluar dari rumah Selasa lalu dan diumpan seorang rakan karib dikenali sebagai ‘kakak’ (turut ada dalam rakaman) yang membawanya ke Pekan Sungai Golok.
Katanya, sehari kemudian, dia menerima panggilan telefon daripada mangsa mengatakan mengalami kemalangan jalan raya serta menerima beberapa jahitan. Akan tetapi, cerita sebenarnya adalah anaknya mengalami lebam pada badan dan menerima lapan jahitan di dahi kerana kesan cedera akibat dipukul menggunakan botol.
“Saya hanya mengetahui cerita sebenar selepas dimaklumkan anak kedua yang tinggal di Kuala Lumpur. Saya sebagai ibu sangat sedih dengan kejadian ini, sudahlah dipukul dan diaibkan pula tanpa belas kasihan,”
“Dia demam dan trauma dengan kejadian yang menimpanya. Sekarang pun (mangsa) suruh tutup pintu dan ketakutan apabila ada orang ramai yang datang.”
Polis Buat Siasatan
Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, kejadian berlaku di negara jiran dan pihaknya menerima dua laporan termasuk daripada mangsa yang membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian Sabtu lalu.
“Polis juga menerima laporan kedua hari ini dibuat seorang wanita dipercayai turut ada di dalam rakaman itu yang dituduh menyebarkan video berkenaan.
“Siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara setahun dan denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali.”
Sumber: Sinar Harian, MyMetro