berita

Dakwa Polis Makan Coklat & Minta Makanan Ketika Pemeriksaan, Amar Singh Minta Najib Tunjuk Bukti

May 20th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Ketika serbuan dibuat di rumah anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pihak polis didakwa telah meminta makanan disediakan dan dengan semberono memakan coklat di dalam peti sejuk.

Artikel berkaitan : Najib Kecam Polis Makan Coklat Dalam Serbuan, Anak Rayu Pulang Barangan Rampasan

Perkara ini mendapat perhatian Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh yang meminta Datuk Seri Najib mengemukakan bukti.

Tindakan tegas akan diambil

Menerusi laporan Harian Metro, Datuk Seri Amar Singh meminta Datuk Seri Najib memberi bukti jika ada anggota polis yang memakan coklat dan meminta makanan seperti yang didakwanya. Tambahnya lagi, pihaknya tidak akan bertoleransi dengan kelakuan tidak profesional anggota yang terlibat.

Tindakan tegas akan diambil ke atas anggota yang terbabit melanggar prosedur dan arahan yang sudah diberikan sekiranya dakwaan berkenaan didapati benar.

Merujuk kepada dakwaan penularan gambar ketika pemeriksaan di media sosial, tiada pegawai dan anggota yang dibenarkan untuk membawa telefon bimbit kecuali komander dan timbalan komander lapangan.

Gambar dan video di lokasi hanya dirakam oleh jurugambar rasmi polis, sekiranya pihak berkenaan dapat tampil dengan bukti gambar yang tular, siasatan akan dijalankan bagi mengesan punca penyebaran gambar berkenaan.

Katanya lagi, jika pihak berkenaan dapat tampil dengan bukti penyebaran gambar ketika pemeriksaan, dia juga akan melakukan siasatan. Setakat ini, enam pegawai polis kanan dilantik sebagai komander lapangan untuk menyelia keseluruhan operasi.

Mereka juga diberi tanggungjawab untuk memastikan anggota dibawah seliaan mereka bertindak secara profesional dan menghormati penghuni kediaman iaitu bekas Perdana Menteri dan ahli keluarganya.

Selain mendakwa anggota polis semberono dan tidak bertanggungjawab, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor melalui firma guaman Valen, Oh And Partners mendakwa ada butiran ketika operasi yang tersebar di media sosial.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×