berita

Dalam 7 Hari, Ini Apa Yang Anda Boleh Buat Di Sydney & Gold Coast.. Arsitektur Luar Biasa, Pantai Cantik. Best Gila!

December 15th, 2016 | by Ash Nordin
Travelogue

1

Pejam celik dah nak masuk tahun 2017 dah. Rasa macam cepat betul masa berlalu. Kalau masuk office je, ramai yang dah takde ambil cuti pergi holiday la, balik kampung la. Korang taknak pergi bercuti ke? Haa, kalau plan nak pergi holiday kami cadangkan supaya anda pergi ke Australia.

Australia best sebab cuacanya sejuk, angin sepoi-sepoi bahasa, orangnya kebanyakannya memang friendly, tempat bersiar-siar unik.. Eh macam-macam lagi. Macam baru-baru ni kami pergi ke Sydney dan Gold Coast. Nak tahu apa aktiviti yang kami buat kat sana?

Akhirnya hari ditunggu dah sampai.. Vacay time

Kami bertolak dari KLIA2 dan masa untuk Gold Coast ialah 8 jam. Oh ya, untuk pengetahuan anda kami ke Gold Coast dulu, sampai je sana terus kami ke Sydney. Tiket penerbangan kami dah beli siap-siap melalui online (Kalau nak lagi senang, banyakkan buat research supaya perjalanan anda lebih teratur).

Perjalanan ke Sydney pula hanya mengambil masa 2 jam. Sampai sahaja Sydney, kami menaiki Mini Bus dimana transportation itu akan bawa anda terus ke Hotel yang anda akan menginap. Caj dikenakan mengikut berapa jauh destinasi anda.

Dari airport ke hotel kami, ia mengambil masa dalam 20 minit sahaja (Caj dikenakan: 17AUS$). Bila dah sampai kami rasa sesuatu yang pelik. Nak tahu sebab apa? Sebab kat Sydney ramai gila orang Asian. Anda boleh nampak orang dari Thailand, Korea, Jepun dan orang Malaysia!

Hari pertama, jom berjalan!

screen-shot-2016-12-14-at-1-24-18-pm

Bersama General Manager Metro Marlow Sydney Hotel, Mr Harry Leong

Ok, sebelum tu kami menginap di Metro Marlow Sydney Hotel. Sebab kenapa kami ambil keputusan untuk menginap di sini adalah kerana hotel ni dapat review yang sangat baik dari pengunjung-pengunjung yang pernah menginap di sana. Hospitaliti dan service bagus, staff pun friendly dan paling penting hotel tu dekat dengan semua tempat! Keluar je ada banyak kedai makan. Lagi best kalau anda nak ke Sydney Opera, Harbour Bridge, Darling Harbor dan The Rocks, anda hanya boleh berjalan tanpa menggunakan kenderaan awam (kaki lebam sikit je.. hehe)

222

Di rooftop hotel terdapat swimming pool dimana anda boleh swim sambil layan architecture yang cantik di bandar Sydney

screen-shot-2016-12-14-at-4-30-07-pm

Di rooftop Metro Marlow Sydney Hotel

Selepas berehat di tilam hotel yang empuk tu, kami terus bersiar-siar bersama General Manager hotel tersebut, Harry Leong. Sedikit info mengenai Harry, dia ni orang Singapura dan pernah bekerja di Malaysia untuk beberapa tahun. Dia juga boleh berbahasa Melayu, sangat friendly dan dia juga jadi tour guide kami sewaktu berada di Sydney.

2-2

Area Queen Victoria Building pada waktu siang (kiri) dan malam  (kanan)

Ok berbalik pada aktiviti pertama kami, kami ke The Rocks dan Queen Victoria Building. The Rocks merupakan tempat yang bertemakan bangunan-bangunan lama dan unik. Tempatnya sangat chill, seolah-olah anda berada di Rome, Itali. Malah, kepada anda yang suka sangat bergambar, inilah tempatnya. Victoria Building pula merupakan tempat dimana anda boleh membeli-belah di butik-butik mahal. Selain tu, berhampiran dengan Victoria Building anda beberapa shopping mall yang anda boleh singgah.

Day 2- Dapat rasa angin sepoi-sepoi bahasa di Bondi & Coogee Beach

screen-shot-2016-12-14-at-12-43-10-pm

Bondi Beach

screen-shot-2016-12-14-at-12-58-05-pm

Bondi Beach

Hari kedua kami ke Bondi Beach dan Coogee Beach. Tempat tu antara salah satu tempat wajib pergi jika anda ke Sydney. Sebelum tu, kalau nak ke Bondi Beach, anda boleh menaiki bas. Tapi anda kena beli kad ‘OPAL’.

screen-shot-2016-12-15-at-3-53-32-pm

Kad topup OPAL yang digunakan khas untuk kenderaan awam seperti bas dan train

Kad tu macam ‘Touch n’ Go’ di mana anda kena tambah nilai jika ingin menggunakan kenderaan awam. Untuk pengetahuan anda, public transport seperti bas dan train, anda harus menggunakan kad tersebut. Tambah nilai dalam 20AUS$, anda boleh pergi ke banyak tempat.

screen-shot-2016-12-14-at-4-30-37-pm

Coogee Beach

screen-shot-2016-12-15-at-11-52-51-am

Coogee Beach

Sebelum ni tengok Bondi Beach dari Google Images je.. Tapi bila dah sampai sana, tengok di depan mata sendiri, MasyaAllah sis, cantik yang amat! Dia punya tenang sampai boleh buatkan anda nak berkhemah dan bermalam di situ. Selepas tu kami ke Coogee Beach. Dengar cerita ramai yang jarang pergi ke sana, jadi kami ingin tahu pantai kat sana macam mana. Coogee Beach sangat chill dan tenang tapi Bondi Beach lagi happening. Tapi apa yang best kat Coogee Beach, ada satu restoran bernama Coogee Pavilion. Dekorasi cantik dan feeling makan tepi pantai. Dah la sejuk lepas tu minum coffee panas dan burger. Alahaii, layannya. Memang sehari suntuk kami lepak kat pantai je. Ehemm.. Boleh cuci mata sikit hehe.

Day 3- Cafe Paling Tenang & Nyaman di Sydney

screen-shot-2016-12-15-at-12-37-39-pm

Ground of Alexandria, Sydney

screen-shot-2016-12-15-at-12-37-52-pm

Ground of Alexandria, Sydney

Pada hari ketiga pula kami ke Ground of Alexandria di mana tempat ni merupakan antara tarikan utama di Sydney. Kat sini ada mini Zoo dan juga taman bunga. Nak tahu apa paling best? anda boleh menikmati sarapan pagi, minum teh panas sambil menikmati udara nyaman, bau bunga-bungaan di sana. Dah rasa macam kat dunia lain pula. Bagi yang suka tangkap gambar tu, memang lama la korang kat sini. Sebab kat sini banyak ‘port’ best untuk snap gambar.

Last day, bye Sydney!

screen-shot-2016-12-14-at-12-42-46-pm

Sydney Opera House, Sydney

Hari terakhir di Sydney, kami ke tempat iconic di Sydney iaitu Opera House Sydney. Tempat ni tempat wajib untuk para pelancong datang kerana Opera Sydney ni boleh katakan trademark untuk bandar ni. Selain dari bersiar-siar di sekitar Opera House Sydney, anda boleh makan makanan ringan dan minum coffee, berlatar belakangkan Harbour Bridge. Lepas tu tengok sunset. Aduhh rindu pula.

screen-shot-2016-12-14-at-12-42-58-pm

Harbor Bridge, Sydney

Next, Gold Coast!

screen-shot-2016-12-14-at-12-43-42-pm

Selepas beberapa hari di Sydney, kami ke Gold Coast pula. Kami dapat rasakan banyak lagi aktiviti yang boleh kami buat di Sydney tapi masa tak cukup. Haihh.. Tapi takpe, destinasi seterusnya ke Gold Coast. Gold Coast amat popular dengan pantai dan taman tema yang pelbagai. Jadi, kami beli tiket taman tema melalui online dan ambil pakej/pass untuk ke Movie World, Sea World, Wet n Wild dan juga Paradise Country. Harga pakej tersebut ialah 89.99AUS$. Tapi apa yang bestnya, package tersebut tahan selama setahun. Jadi katakan anda ingin ke Gold Coast lagi tahun depan, anda masih boleh pergi ke taman tema yang kami sebut tadi. Anda boleh layari laman sesawang www.experienceoz.com.au untuk lihat banyak lagi pakej disediakan.

2

Bentuk pass yang anda akan dapat adalah seperti di atas ni. Jangan lupa untuk print atau screenshot bila anda dah lakukan pembelian online.

Baik lah, di Gold Coast kami bermalam di Mantra Legends Hotel, Surfers Paradise. Lokasi hotel ni sangat strategik sebab dekat dengan semua benda. Anda nak shopping, beli barang dapur jalan-jalan tepi pantai semuanya hanya dengan berjalan kaki.

screen-shot-2016-12-15-at-3-28-49-pm

Mantra Legends Hotel, Gold Coast

Bilik kami juga berhadapan dengan pantai. Jadi, bila bangun pagi je boleh nampak pemandangan yang cantik. Ecehh.. Berbanding dengan Sydney, kawasan Surfers Paradise agak chill dan tak sibuk. Tapi pantai kat sana memang cantik, pasir lembut, sejuk macam pijak bantal. Cuaca kat sana juga tak sejuk, tak panas. Just nice orang kata.

screen-shot-2016-12-15-at-3-28-32-pm

Bilik yang kami bermalam di Mantra Legends Hotel, Gold Coast

screen-shot-2016-12-15-at-3-30-09-pm

Swimming pool, Mantra Legends Hotel, Gold Coast

Pantai cantik, pasir gebu

screen-shot-2016-12-14-at-12-43-59-pm

Surfers Paradise, Gold Coast

Hari pertama kami hanya berjalan sekitar Surfers Paradise hingga malam. Tapau makanan dan lepak di tepi pantai. Pastikan anda bawa jaket atau sweater sebab cuaca malam kat sana sejuk.

screen-shot-2016-12-14-at-12-43-51-pm

Surfers Paradise, Gold Coast

Jom have fun di taman tema di bawah ni!

Hari kedua di Gold Coast, kami ke Movie World. Tapi malangnya kami pergi pada hari biasa, banyak rides yang best-best ditutup. Tapi layankan je alang-alang dah sampai sana. Antara ride best yang anda haru cuba ialah Batman Jet, Superman Ride dan Scooby doo. Extreme gila beb. Melayang jantung.

screen-shot-2016-12-15-at-12-25-42-pm

Movie World, Gold Coast

screen-shot-2016-12-15-at-12-25-33-pm

Movie World, Gold Coast

Lepas tu kami ke Sea World. Antara tarikan utama di sini ialah persembahan Dolphin. Comel dan ikut arahan instruktor. Habis sahaja round-round di Sea World, kami ke Paradise Country. Jika tadi ada Dolphin, kat sini ada Kangaroo dan juga Koala. Anda boleh lihat, bergambar dengan kangaroo jari jarak dekat. Tapi pastikan anda tengok dulu mood Kangaroo tu macam mana. Silap haribulan nanti ada yang tercedera. Huhu

screen-shot-2016-12-15-at-12-27-22-pm

Sea World, Gold Coast

screen-shot-2016-12-15-at-12-27-04-pm

Paradise Country, Gold Coast

screen-shot-2016-12-15-at-12-27-39-pm

Paradise Country, Gold Coast

Oh yaa, untuk ke destinasi di atas anda boleh menggunakan teksi atau train. Jika di Sydney guna card OPAL, di Gold Coast mereka menggunakan kad topup seperti di bawah ni;

screen-shot-2016-12-15-at-3-56-47-pm

Roadtrip ke Brisbane pula

screen-shot-2016-12-15-at-12-46-00-pm

Mount Coot-tha Look, Brisbane

screen-shot-2016-12-15-at-12-45-51-pm

Mount Coot-tha Look, Brisbane

Hari terakhir kami di Gold Coast, kami ambil keputusan sewa kereta untuk buat roadtrip ke Brisbane. Jika anda nak shopping, bandar lifestyle, kat sana lah tempatnya. Jika anda ingin sewa kereta pastikan anda gunakan kad kredit untuk menyenangkan lagi proses peminjaman kereta tersebut.

Lokasi pertama kami ialah Mount Coot-tha Look, seperti apa yang anda lihat di atas ni. Anda boleh lihat pemandangan yang sangat cantik. Kalau anda nak makan sambil tengok view best, restoran makanan juga terdapat di sini.

Nak dibandingkan dengan Gold Coast, Brisbane lagi happening. Selesai sesi membeli-belah kat sana, kami ke Festival makanan iaitu EAT, juga di Brisbane. Banyak gila beb pilihan makan kat sana, dari western, thai food, japanese food.. Eh macam-macam lagi la. Tapi kalau nak masuk, anda dikenakan bayaran sebanyak 5AUS$. Tapi memang berbaloi. Balik dari Brisbane semua diam sebab perut rasa kenyang sangat.

2

Festival EAT di Brisbane

3

Festival EAT di Brisbane

screen-shot-2016-12-15-at-12-46-32-pm

Makanan Malaysia pun ada kat sini tau..

4

Festival EAT di Brisbane

Jumpa lagi Australia!

screen-shot-2016-12-15-at-12-42-49-pm

Bye Sydney, bye Gold Coast!

Maka berakhir lah trip kami ke Sydney dan Gold Coast. Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang anda boleh buat kat sana, tapi kerana masa yang singkat kami tak dapat cover banyak tempat.Bercuti kat sana memang best sebab orang kat sana friendly dan peramah. Nak cari tempat makan senang, kenderaan awam yang sangat efisyen.

Part paling penting bila anda bercuti di sana, anda tak rasa diri anda sebagai pelancong sangat sebab di sana ramai juga orang Asia macam kita ni. Kami tak tipu, memang best!

Sumber: Instagram Amalina Kamal

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×