berita

Dapat Mesej Dari Peminat Minta Bantuan, Apa Yang Dilakukan Yuna Ini Dipuji Netizen

December 18th, 2017 | by Ai
Kini Trending

Yuna bukanlah satu nama asing di negara kita malah, pencapaiannya diperingkat antarabangsa turut membuatkan dirinya terkenal di seluruh dunia. Siapa sangka karya seninya berjaya menembusi pasaran di Amerika Syarikat  apabila album Yuna berjudul Chapters telah berjaya terpilih dalam senarai 10 album R&B terbaik Billboard pada tahun 2016.

Walaupun banyak kejayaan yang telah Yuna kecapi, penyanyi yang berpengkalan di Los Angeles itu masih tidak meninggi diri dan berada di kelasnya yang tersendiri. Terbaru, Yuna menerusi Instagramnya berkongsi detik dia melawat sebuah keluarga Malaysia yang sedang bercuti di Los Angeles tetapi ditimpa kesusahan. Difahamkan, salah seorang ahli keluarga mereka telah jatuh sakit dan dikejarkan ke hospital.

Dapat DM satu keluarga ditimpa masalah

Yuna memberi tahu bahawa dia mengetahui insiden tersebut selepas seorang peminatnya telah menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram mengharapkan Yuna dapat membantu keluarga tersebut. Difahamkan individu tersebut merupakan rakan kepada salah seorang ahli keluarga yang ditimpa musibah itu.

Yuna juga berharap perkhidmatan kereta dalam talian, terutamanya Uber Malaysia dapat membantu keluarga ini untuk berulang alik dari tempat penginapan mereka ke hospital. Ini kerana kos yang perlu ditanggung bukan murah jika dibandingkan dengan mata wang Malaysia.

Today I went & visited @tasnimradzi and her family at the California Hospital Medical Center.. thanks to her friend @amirahsaad who DMed me about this Kedahan family from Alor Setar, Malaysia they were on their 1st family vacation in the U.S. when Tasnim’s dad collapsed last week here in L.A, but Alhamdulillah the hospital was quick to treat him & saved his life ..now he’s recovering! PS: @uber @uber_my lets help them as they’ve been takin the @uber back & forth the hospital. Also, so much love for LA based Malaysian students who offered their home to this family!! Any help is good will post more soon about this. Praying for a speedy recovery to uncle Radzi, it was great meeting you all, made me miss my little family back home??? also what kind of friend DMs a singer through IG asking to help a friend? the crazy kind, the best kind! Tasnim&Amirah y’all are friends for LIFE. I’ve to say I’d do the same for my friends too. #itsaMalaysianthing #kedah

Rindu keluarga di Malaysia

Yuna juga berkata apabila melihat keluarga tersebut, dia teringat akan keluarganya di Malaysia memandangkan keluarga tersebut turut berasal daripada Alor Setar, Kedah. Dia juga terharu usaha rakan Tasnim yang sanggup menghubungi artis melalui Instagram untuk mendapatkan bantuan.

Dipuji netizen

Ternyata tindakan Yuna itu mendapat perhatian netizen dan peminat mula membanjiri ruangan komen dengan memuji tindakannya yang cukup mengharukan itu. Semoga bapa Tasnim cepat sembuh dan seluruh ahli keluarga dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

Sumber: Yunamusic

SKIP THIS AD ×