berita

Dapatkan Aksesori Smartphone Yang Murah Dengan Harga Serendah RM2, Benda Percuma Pun Ada!

January 22nd, 2018 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Ada antara korang baru beli smartphone? Smartphone ni memang dah jadi satu keperluan. Tapi tak menariklah smartphone korang kalau tak ada aksesori. Terasa kosong tau. Bagilah hiasan sikit, baru cantik! Aksesori ni pun penting untuk kegunaan korang.

Nak beli aksesori untuk smartphone tapi bajet macam tak cukup pulak bulan ni. Haaa, tak payah pening-pening. Sini admin kongsi tempat yang korang boleh dapatkan pelbagai aksesori smartphone yang murah dan berbaloi.

MR Gadget-X, syurga aksesori smartphone dan gadjet

Peh, kalau tengok dari nama kedai, mesti gempak punya. Memang betul pun. MR Gadget-X menjual pelbagai aksesori smartphone dan gadjet yang korang nak. Pilih je. Macam-macam ada. Barang-barang kat sini juga bermutu. Tak perlu risau.

Kedainya pun bersih, kemas dan tersusun. Sedap mata memandang. Korang pun selesa nak cuci mata. Selain itu, staf kat MR Gadget-X ni pun akan beri servis terbaik untuk korang. Staf diorang pun sangat friendly dengan setiap pelanggan yang datang.

Promosi sempena pembukaan, murah gila!

Kedai yang baru buka, kalau tak ada promosi memang tak sah. Saje ni nak korang borong habis kat MR Gadget-X. Hehe. Promosi ni sampai 15 Februari 2018. Tapi korang kena cepat datang sebab barangan yang dipromosikan sangat terhad. So, siapa cepat dia yang dapat!

Antara aksesori smartphone yang dipromosikan adalah tempered glass, earphone, casing, usb cable, iRing, powerbank dan lain-lain. Memang terlajak jimatlah korang kalau beli kat sini. Yang paling admin tertarik, iRing dengan harga RM2. Peh, murah gila.

Boleh intai sikit harga kat sini. Memang murah habis. Dah ramai yang datang dan bagi feedback yang bagus. Korang bila lagi nak serbu? Boleh hebohkan kat kawan-kawan yang tengah cari aksesori smartphone. Sebenarnya ada benda yang lagi menarik bila korang datang MR Gadget-X ni. Apa agaknya?

Nak bagi free tempered glass kat korang

Part paling best ada barang percuma. Admin pun terkejut. Pihak MR Gadget-X nak bagi korang tempered glass ni secara PERCUMA je. Wow! Mereka dah prepare siap-siap tempered glass untuk pelbagai jenis smartphone. Nak tahu macam mana dapat? Senang je.

Hanya perlu tekan like Facebook MR Gadget-X, lepas tu korang terus datang ke MR Gadget-X. Tunjuk bukti yang korang dah like page tu. Tup tup terus dapat tempered glass secara PERCUMA. Ha, senyum sampai telinga. Sukalah tu dapat barang free kan.

Datang Shah Alam, jangan lupa singgah MR Gadget-X

Dah datang jalan-jalan kat Shah Alam tu, jangan lupa singgah MR Gadget-X. Ni info kedai untuk korang.

  • MR Gadget-X
  • Waktu operasi: 9.30 pagi hingga 9.30 malam
  • Alamat: 4, Jalan Murni 25/61, Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Malaysia 40400
  • Waze: https://waze.com/ul/hw281q2pcs
  • Nombor telefon: 03-5131 0996

Jom serbu MR Gadget-X kat Shah Alam, boleh dapat aksesori smartphone yang murah-murah. Barang percuma pun ada. Jangan lupa tekan like Facebook MR Gadget-X untuk dapatkan free tempered glass. Yay! Diingatkan lagi, promosi ni sampai 15 Februari 2018. Datang jangan tak datang.

SKIP THIS AD ×