berita

Menangi Pas Eksklusif Ke Tayangan Premier Thor: The Dark World

October 3rd, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

TM-04371_R

Siapa di antara anda yang tak sabar menantikan kemunculan semula Thor di pawagam? Kalau anda masih ingat, Marvel Studios mula mencipta fenomena Thor pada tahun 2011 dengan memaparkan kisah superhero berkenaan yang dibuang ke bumi.

Tidak lama selepas itu, muncul pula filem The Avengers di mana Thor telah menghantar adiknya, Loki pulang ke Asgard sebagai banduan selepas percubaannya untuk menakluki dunia gagal.

Untuk sekuel terbaru, Thor bakal kembali dengan kisah pengembaraan yang lebih mencabar kerana akan ditentang oleh musuh baru.

TM-08865_R

Thor: The Dark World yang diarahkan oleh Alan Taylor menjanjikan plot penceritaan yang lebih menarik dan mendebarkan.

Konflik filem ini bermula apabila munculnya sekumpulan kaum diketuai oleh Malekith yang tinggal di Svartalfheim, salah sebuah planet selain Asgard yang diduduki oleh Thor berserta tujuh planet yang lain.

Selepas melancarkan peperangan dengan Nine Realms dan dikalahkan oleh Asgard, kaum ini disangkakan telah pupus.

TM-12912_R

Namun, Malekith sebenarnya telah menghibernasi keseluruhan planet selama beribu tahun sehinggalah dia bersedia untuk mengambil alih semula pemerintahan alam semesta.

Menerusi sekuel terbaru ini, penonton dapat melihat pengorbanan yang dilakukan oleh Thor (Chris Hemsworth) dalam peperangan menghapuskan Malekith dan sekaligus menemukannya semula dengan Jane Foster (Natalie Portman).

Selain daripada Chris Hemswoth dan Natalie Portman, filem yang bakal menemui penonton pada 31 Oktober 2013 ini turut dibintangi oleh Tom Hiddleston, Stellan Skarsgard, Idris Elba, Christopher Eccleston dan ramai lagi.

TM-14199_R

Pasti ada yang teruja untuk menonton filem ini kan? Jadi, apa kata anda sertai peraduan yang dianjurkan oleh OHBULAN! untuk memenangi pas eksklusif ke majlis tayangan premier Thor: The Dark World pada 30 Oktober 2013. Anda yang terpilih akan menjadi orang pertama yang akan menonton filem ini!

Isikan borang penyertaan dibawah sebelum 10 Oktober 2013.

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world’s leading questionnaire tool.

Sementara itu, di sini OHBULAN! sertakan trailer filem epik ini untuk tontonan anda. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×