berita

‘Dari Stage 4 Tukar Stage 2? Tolonglah DSV’ – Bekas Pesakit Kanser Selar Kenyataan DSV

November 28th, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru baru ini ramai terkejut dengan kenyataan Elyana di pentas Gegar Vaganza. Dia mendedahkan yang dirinya kini sedang menghidap kanser yang sudah berada di Tahap 4. Berita itu mendapat perhatian orang ramai yang ratanya sebak termasuk jutawan kosmetik Dato Sri Vida.

Artikel Berkaitan : [VIDEO] ‘Takut Untuk Tidur Sebab..’ – 7 Tahun Hidap Kanser, Perkongsian Elyana Buat Ramai Sebak

Namun, menerusi status Shamsul Ramli yang merupakan seorang bekas pesakit kanser dia mempertikaikan kenyataan DSV. Dia turut berharap agar DSV tidak membuatkan orang ramai keliru.

Sedapnya pertanyaan

Aku dah agak, aku dah agak dah. Mesti ada golongan ‘bersimpati’ yang laju je offer macam-macam tawaran. Cuma aku tak sangka sebegitu cepat dan open dia buat tawaran. Ye, aku merujuk pada live fb DSV malam tadi. Aku baru je tengok pun, itu pun sebab ada rakan yang bagitau.

Ok, aku bukan pakar perubatan. Tapi merujuk kepada live video tu tak perlu pakar perubatan pun untuk menjawab. Meh aku rungkaikan sikit.

1. DSV bertanyakan Elyana apa itu Kanser Limfoma, tanda-tanda serta kesannya. Malah DSV sendiri berkata jarang mendengar kanser tersebut.

Jelas disini yang DSV tak tahu langsung apa itu kanser limfoma. Kalau dia spend sedikitttt je masa untuk ambil tahu, dia akan tahu yang kanser limfoma ini bukan kanser yang rare. Sebaliknya sebahagian besar pesakit kanser darah adalah dari jenis kanser limfoma. Dan iya, kanser limfoma banyak menyerang ‘golongan muda’.

2. Bila Elyana memberitahu stage 4, automatik DSV tanya: bagaimana rasa kematian (how to feel death)?

Aduh, sedapnya pertanyaan. Inilah contoh klasik orang yang betul-betul tak tahu apa itu kanser. Yang dia tahu, asal kanser, mati. Asal kanser, mati. Maleh nak komen la. Cuma satu je, DSV ada kelapangan cuba contact saya, saya boleh bawa DSV jumpa survivors kanser yang berjaya tewaskan kanser stage 4, hidup sihat sampai ke hari ini.

Minuman kesihatan tidak boleh menyembuhkan penyakit kanser

3. Ramai pesakit kanser minum Pamoga, kanser dari stage 4 tukar jadi stage 2.

Ayoyo kadivaley! Yinnada…? Statement apakah ini? Ok, aku bersangka baik. Tolong beri detail pesakit terbabit, please. Dia cakap RAMAI, aku minta seorang sahaja. Sila berikan bukti klinikal ye, memandangkan dia bercakap berkenaan ‘stage’. Kerana stage atau tahap-tahap dalam kanser ini hanya boleh ditentukan melalui ujian makmal. Bukan sekali tengok doktor akan cakap terus:

“Oh kamu ni nampak ok lagi, saya letak kamu stage 1 la.”

Atau:

“Eh kamu ni nampak macam dah tenat ni, saya letak kamu stage 4 la ye.”

Dem! Suka-suka hati je.

4. Di akhir video DSV ada katakan dia tak boleh nak claim yang Pamoga sebagai penyembuh tapi tetap promote, minta semua orng share, beritahu keluarga, sahabat handai semua.

Yang ini mungkin DSV nampak bijak sikit, NAMPAK bijak. Sebab mungkin dia tahu, dan dia sedar yang produknya hanyalah MINUMAN KESIHATAN. Minuman kesihatan TIDAK boleh diiklankan atau dituntut sebagai ubat atau penyembuh kepada 20 penyakit kronik, termasuk kanser. Tetapi dia tetap menyarankan agar pesakit kronik mencuba. Itu yang tak betulnya! Dah tak boleh ubati kenapa masih nak promote?

See DSV, penyakit kronik lebih-lebih lagi penyakit kanser adalah satu penyakit yang sangat-sangat sukar diubati dan rawatannya sangat kompleks, berbeza-beza bagi setiap individu. So, adalah lebih baik anda jangan masuk campur dengan rawatan yang mereka sedang jalani. Ramai pakar-pakar perubatan yang mengalami masalah ini. Campur aduk antara perubatan yang sedang doktor jalankan ke atas pesakit mereka membuatkan tugas mereka semakin rumit dan mencabar.

*******

Tolonglah DSV jangan menambah keliru orang ramai

So, nasihat aku kepada pesakit yang sedang menjalani rawatan. Tolonglah, tolong dapatkan rawatan hanya daripada mereka yang benar-benar pakar dan diikiraf. Kekal dengan 1 jenis rawatan, jangan campur adukkan sebarang jenis ubatan dengan suplemen. Jika ingin juga mengambil sebarang suplemen atau makanan kesihatan semasa rawatan, dengan alasan untuk mengelakkan kesan sampingan ubat hospital, sentiasalah berbincang dengan pakar yang merawat anda terlebih dahulu.

Meanwhile, kepada DSV. Tolonglah, tolong jangan menambah keliru orang ramai. Ya, memang niat anda suci murni, ingin membantu dan seumpamanya. Tapi percayalah, kanser bukan semudah itu datang dan perginya. Lagi pun melalui video anda sendiri, jelas yang anda sendiri pun keliru. Malah anda tidak tahu apa-apa pun sebenarnya, berkaitan kanser ini. Cukup-cukuplah ye, anda pun sudah cukup kaya dah kot, tak perlulah nak paw pesakit kanser lagi. Atau pun mempergunakan pesakit kanser sebagai ‘pelaris’ produk anda.

So, benda ini simple je. Anda tinggalkan apa yang anda tidak tahu, dan just stick pada apa yang anda tahu dan pakar: muah muah, goyang-goyang, sayang sayang sayang.

*******

Oh ye terlupa pulak aku, in case Elyana terbaca lah post aku ni atau ada siapa-siapa yang boleh sampaikan: meh la join kami di group Cancer Survivors Malaysia. Boleh kongsi-kongsi pengalaman kita.

Shamsul Ramli
Cancer Survivors (Msia) 2017

CC:

(CSM Founder) Zuraini Kamal

(CSM ADMINS) Intan Suhaila Mansor Zarin Rejab Muien Eini Rose Fazlinda Rusli Azlina Othman Che Puan Intan Fiena Ruzana Mohd RusliZareyna Salim Zeeda Aziz

 

Sumber :  Shamsul Ramli

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×