Cerita mengenai pelakon manis, Datin Rebecca Nur Al Islam sudah agak jarang meniti dibibir peminat seni tanah air sejak empat tahun kebelakangan ini. Datin Rabecca pernah membawa pelbagai watak dalam lebih kurang 50 buah drama dan kebanyakkannya diberi peluang untuk memegang watak utama.
Terbaru, Datin Rabecca memuatnaik kepingan nota yang meluahkan rasa marahnya kepada seorang lagi datin yang digelarkan sebagai ‘datin ciplak’.
Datin Rebecca meminta ‘datin ciplak’ yang disifatkan sebagai penakut tersebut datang berjumpa sekiranya tidak berpuas hati. Bukan dengan cara memerli dalam laman Instagram semata-mata.
Dia juga menyatakan bahawa pihak terbabit turut menghasut rakan-rakannya.
Menurutnya lagi dia sudah lama berdiam diri namun pihak terbabit tetap mengutuknya malah dimuatnaik juga ke laman Instagram milik pihak terbabit.
Dia juga meminta suami kepada pihak terbabit untuk tampil agar dapat menceritakan kesemua tentang isteri dan mertuanya.
Dia juga memberi amaran untuk tidak mengganggu hidupnya.
Setiap orang ada tahap kesabaran, mungkin Datin Rebecca sudah tidak tahan dengan apa yang dilaluinya itu.
Datin Rebecca menyifatkan bahawa pihak terbabit suka memburuk-burukkannya.
Agaknya siapalah ‘datin ciplak’ yang dimaksudkan tu ya? Marah sangat Datin Rebecca nampak gayanya tu. Kalau korang selalu tengok instagram Datin Rebecca, dia jarang sekali memuatnaik perkara sebegini. apa-apa pun admin harap Datin Rebecca dapat menyelesaikan perkara ini secara baik.
Credit: rebeccanuralislamahmad